Thursday, November 26, 2009

LABBAIK ALLAHUMMALABBAIK ..


Umat Islam yang mengerjakan Haji akan berada di Arafah untuk berwukuf. Berhimpun beramai2 sambl mengucapkan talbiyah iaitu ucapan yang membawa makna mereka menyahut seruan dan panggilan Allah . Mereka datang dari segenap penjuru dunia semata2 menyahut panggilan Allah . Mereka meninggalkan kaum keluarga, harta dan segalanya demi memenuhi tuntutan dan perintah Allah. Mereka memakai pakaian putih menunjukkan tiada beza antara mereka di sisi Allah sama seorang raja atau seorang hamba. Beza mereka hanyalah pada ketaqwaan.


Pada waktu ini yang agung dan besar pada mereka hanya seruan LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK LABBAIK LA SYARIKA LA KA LABBAIK, INNAL HAMDA WAN NIKMATA LA KA WAL MULK LA SYARIKA LAKA. "Kami sahut seruanMu Ya Allah, seruan yang tiada sekutu , sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kekuasaan hanya untukMu tiada sekutu bagiMu" . Allah sedangkan urusan lain terpaksa mereka tinggalkan buat sementara waktu.

Bagaimana dengan kita yang belum berkesempatan bersama mereka. Apakah yang boleh kita lakukan pada 9 Zulhijjah ini. ?

Untuk menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam di Arafah , kita disunatkan untuk mengerjakan ibadah puasa dengan janji dan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah taala. Marilah kita renungi beberapa hadith Nabi SAW tentang kelebihan puasa hari Arafah.

- حَدَّثَنَا هُشَيْمُ بْنُ بَشِيرٍ أَخْبَرَنَا مَنْصُورٌ يَعْنِي ابْنَ زَاذَانَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ الزِّمَّانِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ كَفَّارَةُ سَنَةٍ
“Nabi Saw ditanya tentang puasa hari Arafah. Baginda bersabda ia menghapuskan dosa dua tahun, setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang. Baginda ditanya tentang puasa Hari Asyura. Baginda bersabda ia menghapuskan dosa setahun .”Riwayat Imam Ahmad dalam kitab Musnad Imam Ahmad no hadith 21479.

Puasa Hari Arafah
1) Daripada Abi Qatadah katanya Nabi SAW bersabda “Puasa pada Hari Arafah menghapuskan dosa dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun kemudian, dan puasa pada Hari Asyura’ menghapuskan dosa setahun yang lepas” Riwayat jamaah (ahli hadith) kecuali Bukhari dan Tarmizi
2) Daripada Hafsah Ummul Mukminin katanya “Empat perkara tidak pernah ditinggalkan Baginda SAW , puasa Hari Asyura’ , sepuluh hari Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan solat dhuha” Riwayat Ahmad dan Nasa’ie.
3) Daripada Uqbah bin ‘Amir katanya “ Rasulullah SAW bersabda “ Hari Arafah, Hari Raya (Aidil Adha) dan hari-hari tasyriq ialah hari raya kami – orang Islam- iaitu hari untuk makan dan minum” . Maksudnya bagi orang yang mengerjakan haji dan pada Hari kesembilan Zulhijjah mereka berhimpun di Arafah mereka tidak disunatkan puasa. Puasa hanya sunat bagi mereka yang tidak berada di Arafah pada hari 9 Zulhijjah.
4) Daripada Abu Hurairah katanya “ Rasulullah SAW menegah berpuasa pada hari Arafah di Arafah” iaitu orang yang berada di Arafah pada hari tersebut. Riwayat Ahmad Abu Dawud, Nasa’ie dan Ibn Majah. Imam Tarmizi berkata para ilmuan berpendapat sunat berpuasa pada Hari Arafah sementara bagi mereka yang sedang wukuf di Arafah pula tidak disunatkan berpuasa.
5) Daripada Ummu al Fadhl ; Sesungguhnya mereka mengadu kepada Nabi SAW tentang berpuasa pada hari Arafah (penterjemah: tentang kesukaran untuk berpuasa pada hari tersebut dalam keadan mereka sedang berwukuf di Arafah ) lalu aku mengirimkan kepada baginda SAW segelas susu lalu baginda meminumnya dan kemudian baginda SAW menyampaikan khutbah kepada manusia di Arafah “ Sepakat ulama hadith.

Kitab Fiqh Sunnah jilid 1 bab puasa-puasa sunat.
* SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA PENULIS ARTIKEL INI. AMEEN

Tuesday, November 10, 2009

bi Taufiq wan Najah fil Imtihan

~~<@ salam perjuangan buat sahabat2 lujnah tarbiyah.. semoga terus thabat dalam memperkasakan tarbiyah di IPGM KAMPUS IPOH.. semoga ALLAH membalas jasa baik antum.. perkasakan dakwah nescaya ISLAM kan mewangi di dunia ini..
AYUH BANYAKKAN BERDOA UNTUK KEMENANGAN ISLAM =)


RINTANGAN PASTI MELANDA..JANGAN UNDUR WALAU SELANGKAH..

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan , kadang-kadang kita minta cerdik masalah pula yang timbul, kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pulak…Dugaan ini menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah. Hebat tak Allah? Semua ada hikmah…kalaulah manusia tahu hadis ini “ telah berkata Jibril wahai tuhan, Engka sampaikanlah hajat hambaku, maka Allah menjawab , “ Biarkanlah hamba itu, kerana aku mencintai suaranya..
semoga sahabat2 IPGM kampus IPOH mumtaz dlm exam dunia n akhirat..doakan untuk kami juga di bumi UK ini..
salam ukhuwah sekencang perjuangan..
WUFI- WE UNITE FOR ISLAM
STRIVE FOR THE EXCELLENCE OF UMMAH

Sunday, September 13, 2009

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar



Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.
maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.
Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/455-nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar.html

Saturday, September 05, 2009

::: BiLa maLaM mEnJELmA ::


"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t.

Berkata Al Fudhail bin Iyadh, “Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!” Abu Sulaiman pula berkata, “Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini.” Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.


Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.”Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur.”Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.



Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas.”Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.”
::: PeRiNgAtAn BuaT aNa jUGa :: sALAm UkHUwAh SeKeNcAnG dAkWaH ::

Sunday, August 30, 2009

..::: La TaHzAn ::..


Ya Allah...
Aku hambaMU yang tidak terlepas daripada dosa,
Aku hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan kealpaan,
Aku sedar aku takkan terlepas daripada ujian,
itu JANJIMU TUHAN.

Tapi Ya Allah...
aku ini hambaMU yang lemah,amat lemah...
aku ini hambaMU yang hina,lagi dina...
Tika mana diuji pasti tak tertahan diri...
Tika mana diuji pasti serba tak kena...
Tika mana diuji pasti mengeluh kesah,lagi gelisah...
Apa lagi yang tak kena pada diri ini Ya Allah....
Ya Allah...
Aku tak tertahan lagi dengan mehnahMU ini...
Aku tak kental lagi untuk hadapi ujian ini...
Ujian yang ku tahu mematangkan diri...
Ujian yang ku tahu ada hikmah tersirat di sebaliknya ...

Ya Rahman Ya Rahim...
Dalam solatku ya Allah...
ku hayati bait kataMU....
"kepadaMU aku sembah dan kepadaMU aku memohon pertolongan,
tunjukkan aku jalan yang lurus,
jalan orang-orang yang KAU beri nikmat,
bukan jalan orang yang KAU murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat"
Allahumma amin...
Air mata kehambaan mengalir membasahi pipi...
"ketahuilah! sesungguhnya Al-Quran itu adalah 1 peringatan yang sangat besar pengajarannya*oleh itu sesiapa yang mahu mendapat peringatan,dapatlah peringatan daripadanya"-(Al-Mudatsir:ayat 54-55)-

Ya Mannan Ya Hannan...
Aku tahu KAU penolong setiaku,
KAU penunjuk jalan terbaikku,
KAU tempat ku mengadu,
KAU tempat luahan apa yang terbuku di qalbu...
Ya Allah...
Ku mohon petunjukMU,
Berikanku jalan keluar dari dibelenggu...
Ku mohon pertolonganMU,
Berikanku penyelesaian berhikmah daripada terburu-buru...
Dengan berkat InayahMU beriku jalan keluar,
Berikanku cara terbaik menghadapi ujianMU Ya Allah.
Ku mohon padaMU Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku mohon padaMU Ya Ghaffar,Ya Kareem
Ku mohon...ku mohon...
MOHON DENGAN SANGAT

"Ya Tuhanku hanya ENGKAU yang dapat mengerti kesedihan yang merobek diri,ku tak tahan lagi"
tersenyum bibir dalam nafas bismillah,terjalin ikatan dalam nafas ukhuwah,terjerat hati dalam nafas cinta,terkuyu mata dalam nafas air mata,terhimpit nafsu dalam nafas hina,terpanah hiba dalam nafas yg Esa,tersujud sedu dalamnafas doa,tersekat suara dalam nafas innalillah,terbujur kaku dalam nafas barzakh,terjunam neraka dalam nafas nauzubillah,terpilih syurga dalam nafas alhamdulillah

"saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan,dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"(sayyid qutb)

"kadang-kadang kita terlalu banyak merancang,tapi kurang bermohon...terlalu banyak berfikir,tapi kurang tawakkal...terlalu banyak risau dan kurang optimis...kerana kita terlupa bahawa ujian itu adalah tarbiyah dari Allah"fikir-fikirkanlah...
"ujian adalah tarbiyah dari Allah"