Sunday, December 26, 2010

Persepsi

Bismillahirrohmanirrohim...




hari ni saya ada satu teka-teki untuk semua.
mengapa, selalunya, biasanya, walau seteruk mana pun sikap seorang anak terhadap ibu atau bapanya, yaitu selalu melawan kata, selalu tidak setuju dengan approach ibu dan ayah, selalu memberontak, selalu meninggikan suara, selalu membalas, selalu mengguriskan hati ibu dan ayah, apabila kita tanya mereka, mereka tetap akan kata, bahawa mereka sayangkan ibu dan ayah nya. mengapa?

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

persepsi. atau sangkaan.

mula2 saya hendak beri contoh sebuah cerita mengenai bagaimana persepsi boleh berubah seratus-peratus apabila kita mengetahui sebuah kebenaran. satu hari, sebuah bas berhenti di satu perhentian bas. naiklah ke dalam bas itu seorang ayah dan dua orang anak nya yang masih kecil. di dalam bas itu ada ramai lagi penumpang-penumpang lain. ayah tadi mengambil tempat duduk, tetapi anak-anaknya lari berkeliaran di dalam bas itu. kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti, mereka memanjat di sana sini dan bermain kejar-mengejar di dalam bas itu. tak lama kemudian mereka mula mengganggu penumpang2 lain dengan tingkah-laku mereka yang agak buas itu. mereka terlanggar, tersepak orang lain dan jeritan2 mereka sangat merunsingkan (annoying). si ayah terus duduk diam membatu. lantas beberapa orang penumpang yang tidak berpuas hati menengking kepada si ayah, mengapa tidak dikawal anak-anak yang berkeliaran ni? ayah jenis apa ni? tak nampak ke budak2 ni tengah buat apa? takkan diam saja?! tak pandai jaga anak ke?! jerit penumpang2 itu kepada si ayah.

tiba-tiba si ayah mendongakkan kepala, seolah-olah baru sedar dari lamunan yang panjang, baru ternampak apa yang sedang dibuat anak-anaknya. dan berkata,

“oh, minta maaf terhadap perbuatan anak-anak saya. saya baru balik dari hospital, isteri saya iaitu emak kepada budak-budak ini baru sahaja meninggal dunia…saya…saya..” menitislah beberapa butiran air mata.

dan penumpang-penumpang yang lain pun tiba-tiba senyap, sedang anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu terus berlari.

hukum alam, tetap hukum alam. tetapi hukum alam, hanya menjadi adil apabila kita meletakkan hukum itu pada punca yang benar. dan kita hanya akan tahu punca yang benar, apabila kita berusaha mencari punca yang benar itu. tanpa punca yang benar ianya menjadi sangkaan, dan sangkaan yang salah, adalah apa yang kita panggil sebagai sangkaan yang buruk. su’uz zon.

saya ada seorang kawan baik, dia sangat suka dipuji. dan dia juga selalu menyebut-nyebut benda-benda baik atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapainya kepada orang lain, dan sangat gembira apabila mendapat feedback yang positif (pujian) dari orang lain. lalu hukum alam pun dijatuhkan ke atasnya. iaitu hukuman bahawa dia adalah seorang yang riak dan takabbur. kadang-kadang orang lain tidak menjatuhkan hukum alam ini terang-terangan di hadapan dia, tetapi riak muka dan pandangan yang kurang enak sudah cukup menyedarkan dia bahawa sikap suka dipuji itu tidak digemari orang lain. dan orang-orang yang ‘menyedari’ bahawa dia memiliki sikap suka dipuji ini pun sentiasa berhati-hati utnuk tidak memuji dia dalam apa benda sekalipun. lalu saya, antara orang-orang yang menjatuhkan hukum alam itu pun nekad untuk bertindak sebagai hero, memberanikan diri pergi berjumpa terus denagn dia, one to one, untuk memberikan sedikit nasihat, kerana saya yakin, mungkin sebenarnya selama ini dia tidak menyedari akan hakikat penyakit hati yang dimilikinya itu.

saya berjumpa dengannya di satu malam yang hening, bersyarah panjang. kemudian dia menangis, dan saya sangka saya telah menjadi hero krn berjaya mengubah manusia <– takabbur!
tetapi dalam tangis dia pun bersuara, sebenarnya selama ini dia memang tahu sikap suka dipuji itu tidak bagus tetapi dengan pujian itu lah dia terus hidup!
lalu dia pun bercerita, semasa dia di sekolah, dia menjadi mangsa buli. dibuli dengan begitu dahsyat sekali, bukan dibuli secara fizikal, tetapi secara batin, yang lebih menghancurkan jiwa. dia selalu diejek, dan dimalukan di hadapan orang ramai. selepas sekian lama dimalukan, dia langsung hilang segala keyakinan diri. sehingga tidak ada yang tersisa. dia langsung tidak boleh berbuat apa pun di hadapan orang lain, biarpun di hadapan 2 orang saja! setiap kali disuruh membentangkan sesuatu, walaupun hanya di depan beberapa kerat kawan-kawan dia akan menggeletar dan rasa tak upaya mengawal diri, sedangkan sebelum kes pembulian itu berlaku dia adalah seorang yang sangat berkeyakinan. low self esteem ini berlarutan buat sekian lamanya sampai tamat sekolah, sampai tamat hubungan dengan pembuli-pembuli nya, tetapi low self esteem itu tidak hilang. dia hilang segala jati diri, berasa sangat tidak berguna, dan merasakan dia tidak akan berjaya sampai bila-bila. pernah juga dia merasakan baik mati sahaja.juga pernah merasakan Allah tidak Menolong dia, Allah tidak Menyayangi dia.

tetapi dia terus hidup. dengan pujian! setiap kali orang memuji apa pun perbuatannya, walaupun benda itu adalah perkara paling tidak signifikan seperti berjaya membuka tudung botol kicap, dia seperti mendapat satu kehidupan baru, satu kekuatan untuk mula mempercayai diri sendiri semula. dan sejak itu dia ‘hidup’ dan ‘mula meyakini’ bahawa dia adalah manusia berguna yang boleh berbuat sesuatu. dengan pujian dia mendapat sokongan. dengan kata-kata yang positif dia memikirkan tentang masa depan. dan paling penting, mula merasakan Allah ada memberikan jalan keluar.

sudahnya saya yang menangis berbaldi-baldi.

sejak hari itu saya belajar, erti bertanya, menyelidiki, dan mengenali seorang manusia sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang telahan.

dan baru mengerti, apa maksudnya apabila kita tahu tentang perbuatan buruk seseorang, hendaklah kita menyenaraikan 70 possibilities yang positif mengapa orang itu melakukan perbuatan itu sebalum sampai kepada possibility yang negatif. jarang2 manusia sengaja berbuat sesuatu yang buruk, tanpa alasan yang kukuh.

dan sikap menyelidiki sehingga ke akar umbi ini sangatlah mustahak di atas jalan tarbiyyah ini! terutamanya yang memegang amanah sebagai murabbi.

ketika orang-orang lain memandang buruk mutarabbi kita kerana sesuatu peristiwa atau sesuatu sikap, kita lah sebagai murabbi yang harus berdiri teguh di belakangnya, dan meyakini dirinya. kita lah yang harus berusaha mencari punca sebenar mengapa peristiwa/sikap itu berlaku. kerana mungkin anda adalah satu-satunya orang yang masih tinggal untuk mutarabbi itu mengadu nasib. mungkin anda ialah the last man standing untuk mutarabbi itu merasakan bahawa akan ada orang yang akan mempercayai cerita-cerita dan alasan-alasan mengapa apa yang terjadi itu terjadi. mungkin anda lah satu-satunya lengan yang tinggal untuk dia berpaut. tetapi jika anda juga berpaling darinya, maka di manakah lagi tempat bergantung? ya cukuplah Allah sebagai tempat bergantung tapi kita manusia yang serba lemah kan? cukup lemah untuk sepenuhnya menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. maka, jika anda juga tidak meyakini mutarabbi anda, maka putuslah segala tali harapannya….

mungkin di sebalik sikap suka menipu ada jiwa yang pernah ada kisah silam dipukul dengan teruk kerana berkata yang benar.
mungkin di sebalik sikap keakuan dan ego ada kisah silam yang menjadikan dia merasakan mengakui kelemahan dan meminta pertolongan itu bukan pilihan.
mungkin di sebalik sikap kasar dan suka meninggikan suara ada kisah silam di mana dia melihat orang yang lemah dan lembut menjadi mangsa penderaan.
mungkin di sebalik sikap suka mengiakan dan memuaskan hati semua orang ada kisah silam yang mana dia merasa sakit ditinggalkan dan tidak dipedulikan.
mungkin di sebalik sikap ‘hanya aku saja yang betul’ ada kisah silam yang mana setiap kesilapan dan kesalahan bermakna kritikan dan penghinaan yang teruk.

wahai murabbi sekalian! saya merayu kalian, kenalilah orang-orang yang datang menyerahkan diri mereka kepada kalian dengan sedalam-dalamnya! anda mungkin tidak menyedari, berapa ramainya orang yang merasakan dia telah mendapat sebuah kehidupan yang baru melalui tarbiyyah, meninggalkan segala kehidupan silam yang gelita dan menyedihkan. berapa ramainya orang yang merasakan kehidupan baru ini akan memimpinnya, menyelamatkannya, membersihkan dirinya. tetapi bagaimana semua itu akan berlaku? hanya bila engaku, wahai murabbi mampu memimpin mereka keluar dari gelap kehidupan lama kepada terang sinar tarbiyyah! tetapi ini tidak akan berlaku jika anda tidak kenal, dan tidak tahu siapa mutarabbi anda…

dan berapa ramainya yang merasa gembira dengan kehadiran anda, wahai murabbi sekalian, kerana akhirnya, ada juga orang yang akan mendengar segala isi hati ini….

ini adalah cubaan terakhir saya, sebelum meninggalkan australia….tolonglah memahami…..kalau kali ni gagal lagi, memang tinggal Allah sahaja tempat mengadu segalanya….

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

jawapan kepada teka-teki di atas: kerana sayang itu lah mereka melawan kata, selalu tidak setuju dengan approach ibu dan ayah, selalu memberontak, selalu meninggikan suara, selalu membalas, selalu mengguriskan hati ibu dan ayah. kerana sayang itu. jika mereka tidak sayang, mereka akan buat tidak peduli.

manusia hanya akan memberontak, melawan, dan bersikap kurang ajar, kepada orang-orang yang mereka sayang, atau orang-orang yang mereka harap menyayangi mereka.

Allahua’lam.

Tuesday, December 21, 2010

CinTA yaNG HakiKi

Urmm mungkin kite tercari2 cinta yang hakiki kan2..bak kata org,,cinta kepada harta kepala pusing,,cinta kepada manusia hati merana,,cinta kepada Allah aman bahgia..so ap lagi nak penin2,,cinta jela kepada Allah..huhuKalau kita cinta kepada Allah nescaya kita akan diberi pasangan yang secocok..itu jnji Allah..heheheWlaupun pada pndgn org kekasih kita itu kurang lawa o kurang hrta tp pada pndgn kita kekasih kita adlh pling cntik,,bila kita lihatnya aty kita tenang,,bhgia n aman kerana diwjhnya terdapat chya(nur) keikhlasan yg dtg dr Allah..itulah yang dinamakan cinta dari Ilahi...oooo bkn sng nk dpt kekasih yg dipandang aty rse aman,,bhgia n tenang..sllunya kal kita pndg lme2 slps 2 o 5 taun msti bored kan2,,las2 xjd kwin,,cinta monyet ktakan sbb xd rdha dan rhmat dr Ilahi ats jalinan perkasihan kita..mne dak nye,,ble jmpe je msti nk pgg2 tgn,,pas2 bahu pas2 mcm2 la..so mcm mne Allah nk bg berkat n rhmat kan2..pkir2 la..huhuhu

Xslh kal nk bcinta gan manusia kerana kita diciptakan berpasang-pasangan..kerana aty kita sllu ksunyian dan memerlukan ksh syg n perhatian dr psgn lawan jantian..laki-gurl,,gurl-laki..huhu..Adam pun suatu ketika dhulu ksunyian gak,,las2 Allah mencipta Hawa..Adam terus keriangan n hepi..xcaye,,bce la Quran..hehehe..Allah pun tidak larang untuk bcinta sesama mnusia tetapi cinta itu tidak boleh lebih dr cinta kpd Allah kerana SETAN akan cbe menyesatkan pasangan kekasih tersebut..urmmm msti rmai tpikir2 mcm mne nk jdkan cinta 2 x lbh dr cinta kpd Ilahi..yola,,stiap kli kita jtuh cinta msti nk msg,,tepon,,jmpe n mcm2 la..bak kta org mkn xpernah kenyang2,,mndi xpernah bersabun,,solat plak xdiakhiri dgn doa sbb tkejo2 nk reply msg..sdg hngat bcinta ktakan..urmm so scra auto kita lpe kpd Allah..

So bkn sng nk dpt cinta hakiki kan2,,tp bg org yg sdh mnemui cinta hakiki kta sng j..tips nye ble kita mengingati sdi dia scra auto kita mengingati Allah,,bila kita lihat si dia kita terimbas dgn keindhn syurga,,bila kita bersembg dgn si dia kita msti menasihatinya,,dan bila kita disamping si dia kita melarang diri kita dan si dia melakukan maksiat..bkn mengalakkan buat mksiat ek..sng cite,,ble kita mengingati nya kita akan terlintas nk wat solat sunat,,ble kita msg tringat nk smpaikan ayt2 Allah,,ble kita kua bjmpe msti xwat maksiat n mnjalankn kwajipan kita sbgai mnusia,,yg laki mnjaga wnta..bkn dgn jga msti pimpin tngn,,msti mkn bsuap,,yola takut mknn jtuh kt bju mkwe..ini kerana kita sme2 mmimpin agr sme2 dpt dpt msuk syurga,,bak kta kita bersaingn gan psgn kekasih kita dgn amln kebaikkan..bkn untuk ukur keriakkan tetapi kita nk naikkn saham amln kta untuk akhirat kelak..yola spe yg nk suami o istrinya msuk nrka,,kal leh dua2 msuk syurga kan2..

Dan hrus ingat ble kita nk kua jmpe kekasih jgn lpe bwa org ketiga,,bkn Setan ek tetapi adk2 o kak2 o abg2 o mak bapa..berani ke??tp itulah kenyataan nye kal x nnty setan akn join skali las2 dua2 wat maksiat..n msti ingat jmpe msti beralsn, bkn sbb wndu o syg tp kerana nk wat usrah o nk bincg hal kawin,,hehhe

eurm sya nk share sebuah article ni,,"menurut imam Syafie,,dging, urat dan kulit akn reput dan hncur srta luhurnya cinta yg bersndar..jika cinta sekadar dpt dicapai dengan pacaindera yang lima iaitu sentuh,rasa,bau,lihat dan dengar maka itu belum cinta yang hakiki..hnya cinta dpt dirasai dengan deria ke enam iaitu hati,,maka brulah ia cinta yg hakiki..cinta itulah yg dialirkan oleh Allah ke dlm aty..ia muncul dr dalam ke lua,bkn dr lua ke dlm..ia bkn dr mte trun ke aty sebaliknya dr aty trun ke mata dan lain2 angota..itulah cinta yg benar,suci lg murni..cinta bkn diukur menurut pndn mata kepala tetapi mengikut pngn mata aty..cinta itu dtg dr Allah dan dberi sbg bekal unt mndpt kcintaan Allah."

dan hrus diingat bhw mata kepala sukar dikawal kerana ia boleh berubah-ubah mngikut persekitaran..yg hrm bleh dkatakn halal..kal sentuh ssama bkn muhrim haram hkumnya dr segi syariat tp kal ikut pndgn mte kpla ia akn kta pgg ssme bkn muhrim bleh j ble kita sdg hngat bcinta..tp kal kita pkir gne mte aty ia akn kta haram perbuatn tersebut dan akn dpt seksaan kbur maupun nraka..maka ketika itulah setan n nafsu akn bergelora dan menghasut agr melakukan mksiat..bak kta org,,mte kepala sllu putar belit n mnipu ttpi mte aty xpernah mnipu krn ia sntiasa djga oleh nur Ilahi..


Whatever You Are Facing


  • When you are tired and discouraged from fruitless efforts... ALLAH knows how hard you have tried.

  • When you've cried so long and your heart is in anguish... ALLAH has counted your tears.

  • If you feel that your life is on hold and time has passed you by... ALLAH is waiting with you.

  • When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.

  • When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution.

  • When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.

  • If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you.

  • When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you.

  • When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.

  • When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing... ALLAH KNOWS!!

Wednesday, December 15, 2010

Jujur Dalam Bergurau Senda

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling. Tujuannya hanya satu; untuk gembira dan ceriakan suasana. Takkan kita nak serius sepanjang masa, betul tak?

Tapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda, kita mungkin dah berbohong? Kita mungkin tak berniat untuk betul-betul bercakap bohong, tapi hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, kita mesti akan cakap, “Aku main-main je la…” “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta." [1]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [2]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi Islam tidak membenarkan pembohongan, walaupun hanya untuk bergurau semata-mata. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya:

“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [3]


Macam mana cara yang betul untuk bergurau?

Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda. Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau. Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,

“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,

“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [4]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Apa yang dapat diperhatikan dalam kisah di atas, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza.

Jadi, gurauan sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau. Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:

“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:

“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.


Nota kaki:
[1] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[2] Riwayat at-Tirmizi.
[3] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[4] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

Sumber: iluvislam.com

Sunday, November 28, 2010

JADUAL PENGAGIHAN TUGAS LUJNAH TARBIAH-KARNIVAL SOLAT

Ketua- Muhammad Ehsan b Halim

Pic ceramah- Khairul Rafizi & Tuan Nurul Atikah

Lujnah Bertugas: AMT

Tugasan:
-MENYEDIAKAN SURAT MOHON KEBENARAN
-BERURUSAN DENGAN PENTADBIRAN



BENGKEL
Ketua bengkel- Muhammad Zaim Syafiq

Pic smart solat- Nazirul Nizam

Lujnah Bertugas: LUJNAH RIADAH DAN REAKRASI dan LUJNAH HELWI

Tugasan:
-MEMASTIKAN KEHADIRAN PENCERAMAH
-MENYEDIAKAN FASILITATOR


Pic kursus iman dan bilal- Asyrafful Syafiq

Lujanah bertugas: LUJNAH RIADAH

Tugasan:
-MENCARI PESERTA
-MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK PESERTA
-PENGERUSI MAJLIS
-MENYEDIAKAN BUKU KEHADIRAN PELATIH DAN PELAWAT
-MEMASTIKAN KELANCARAN MAJLIS



AKTIVITI
Ketua aktiviti- Nurul Husna Nordin

Pic aktiviti harian- Muhammad Syazwan

Lujnah bertugas: LUJNAH TARBIAH (pengisian)

Tugasan:
-MENGERAKKAN AKTIVITI YANG DI RANCANG
-MEMASTIKAN AKTIVITI BERJALAN DENGAN LANCAR


Pic persiapan tempat- Zharif

Lujnah Bertugas: LUJNAH HES

Tugasan:
-MENYUSUN ATUR TEMPAT
-MEMASTIKAN KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN TEMPAT PROGRAM
-MENYEDIAKAN PERALATAN UNTUK PROGRAM


Pic pertandingan- Siti Nadrah & Nadhirah

Lujnah Bertugas: LUJNAH HELWI

Tugasan:
-MENYEDIAKAN CENDERAMATA UNTUK PENCERAMAH
-MENYEDIAKAN HADIAH UNTUK PESERTA


Pic Qiamulail- Abdul Munir & Nur Ezzah

Lujnag Bertugas: SEMUA LUJNAH

Tugasan:
-MENGIKUT PENGAGIHAN YANG LEPAS


Pic skuad qiam & subuh- Aswan

Lujnah Bertugas: SEMUA LUJNAH

Tugasan:
-MENGHANTAR 5 WAKIL DARI SETIAP LUJNAH UNTUK SKUAD SUBUH DAN QIAM


Pic sketsa-Nurul husna jamil

Lujnah Bertugas: LUJNAH KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM

Tugasan:
-MENCARI PELAKON UNTUK SKETSA
-MENCARI KUMPULAN NASYID
-BERLATIH DAN MENYIAPKAN SKETSA.


Pic makanan dan iftar- Nurul Nadiah

Lujnah Bertugas: LUJNAH MAKANAN

Tugasan:
-MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK PENCERAMAH DAN PESERTA



RISALAH
Ketua risalah- Ummi Syafiqah

Pic pencarian doa dan ‘posting d Facebook’- Fasihah

Lujnah Bertugas: LUJNAH 3P

Tugasan:
-MENYEDIAKAN RISALAH TENTANG SOLAT


Pic bahan-bahan risalah- Nur Hamizah

Lujnah Bertugas: LUJNAH TARBIAH

Tugasan:
-MENYEBARKANNYA DI SELURUH MAKTAB.


Pic penerbitan dan publisiti- Nur lela

Lujnah Bertugas:LUJNAH 3P

Tugasan:
-DOKUMENTASI
-MEMBUAT PENGUMUMAM
-MENYEDIAKAN IKLAN
-PEMBERITAHUAN
-MENYEDIAKAN KAIN RENTANG
-MENYEDIAKAN “BACKDROP

Wednesday, November 17, 2010

Happy Eid Adha



p/s: Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua.... Semoga berbahagia disamping yang tersayang....

Saturday, November 13, 2010

Ke mana Hilangnya???

Bismillahirrohmaniirohim...

Disini ana ingin kongsikan satu artikel yang ana rasa mungkin bermanfaat untuk kita renungi bersama... Maaf ana pohon pada penulis artikel ini kerana tidak menyatakan sumber kerana ana betul2 lupa dimana ana ambil artikel ini... semoga Artikel ini mampu membuka minda kita selaku generasi muda yang menjadi tonggak negara, harapan bangsa dan agama...

********

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.

Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang. Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang. Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas.


Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia! Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.


Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…


Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan. Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal.


Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?


Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk2 satu bilik ni, tak buka2. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 org siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks) Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk? Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 thn paksa boyfriendnya yang baru 12 thn buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..


Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak2 skolah rendah. Dia nampak budak2 ni handphone nye, N-Gage, sabun, daun dan yang lain2 yang mahal2 tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jd ceritanya. Tapi skali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap,

“Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar2 lucah yang ada dlm HPnye.

Kawan saya ni terkejut berukla. Tergamam dia di situ. Ni budak2 sekolah rendah! Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?


Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah! Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala.


Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa"


Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55). Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani.


Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..

Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu

Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Smoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.


Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi.

Firman Allah :

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).

(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)



Jadilah pemuda seperti Hassan Al-BannaAllah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka.

Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)


Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita? SEDARLAH...

(p/s : Semua kisah dan contoh yang saya bawakan di atas adalah benar-benar belaka)


***********
p/s: bersama kita mengambil iktibar dan memuhasabah diri kita... Semoga kita mampu menjadi dan melahirkan generasi rabbani yang sanggup berjuang memartabatkan agama Islam yang tercinta...

Wednesday, November 10, 2010

Iftar Jama`ie

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pada hari esok 11 / 11 / 2010 akan diadakan Program Iftar Jama`ie di Pusat Islam Al-Hidayah untuk semua ahli Biro Agama dan Moral,IPG Kampus Ipoh.. Justeru, diharap semua ahli biro agama dapat berpuasa dan berbuka bersama-sama bagi mentautkan ukhuwwah yang terjalin antara kita... Segala maklumat program adalah seperti berikut:




p/s: semua ahli biro agama boleh menginfakkan RM1 bersempena Iftar Jama`ie yang akan dijalankan kepada Ketua dan Penolong Ketua Lujnah masing-masing...

Enam Pertanyaan Imam Al-Ghazali

  1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
  2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
  3. Apakah yang paling besar di dunia?
  4. Apakah yang paling berat di dunia?
  5. Apakah yang paling ringan di dunia?
  6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Tuesday, November 09, 2010

Jangan Merajuk Wahai Da`ie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa... Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda.

Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah... Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...


Nabi Yunus menyeru pada kaumnya

Sembahlah Allah Yang Maha Esa

Tinggallah berhala yang tidak bernyawa

Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima

Nabi diejek dan Nabi dihina

Baginda tidak berputus asa

Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa

Umatnya masih menderhaka

Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang

Membawa diri ke rantau orang

Malangnya laut bergelombang

Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan

Terjun ke laut penuh bergelora

Baginda ditelan ke perut Ikan Nun

Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah baginda akan silapnya

Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa

Menangislah Nabi penuh duka

Memohon Ampun dari Tuhannya


Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali… Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:


Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya
(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…



Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

Sunday, November 07, 2010

Kelas Literasi Ilmu

Bismillahirrohmanirrohim...


Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...


InsyaAllah pada malam ini akan diadakan Kelas Literasi Ilmu yang akan disampaikan oleh Us. Syed Bakri bertempat di Pusat Islam Al-Hidayah... Semua pelatih guru IPG Kampus Ipoh dijemput hadir... Segala maklumat mengenai program tersebut adalah seperti berikut:



Saturday, November 06, 2010

Doa Amalan

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Doa selepas mengulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”



Doa Pada Hari Peperiksaan


Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



3. Ketika sukar menjawab:


ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


p/s: ~semoga bermanfaat ~

Monday, November 01, 2010

Kita Masih Jauh


Ketika Kota Konstantinople telah ditawan, dan waktu Jumaat telah masuk, Sultan Muhammad Al Fateh berkenan untuk memilih imam bagi memimpin solat Jumaat yang pertama di Kota Konstantinople. Namun cara pemilihannya agak unik, beliau memanggil seluruh tenteranya dan meminta mereka semua berdiri dengan teratur.

Setelah semuanya dalam kedudukan yang tersusun, maka dia pun bertanya kepada tentera-tenteranya.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu, sila duduk." Tidak ada siapa di kalangan anggota tenteranya yang duduk.

Kemudian beliau bertanya lagi.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat-solat sunat yang utama?” Ketika ini sebilangan kecil dari anggota tenteranya duduk.

Kemudian beliau bertanya lagi.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajjud sila duduk.” Kali ini seluruh anggota tenteranya duduk kecuali beliau sendiri dan akhirnya beliau sendiri yang memimpin solat berjemaah di Kota Konstantinople.

Ternyata beliau adalah orang yang paling soleh dan dekat dengan Allah di kalangan tenteranya, maka benarlah sabda junjungan bahawa yang akan menakluk Konstantinople itu adalah tentera yang terbaik dipimpin oleh pemimpin yang terbaik.

Maha suci Allah, jika beginilah kualiti pemimpin dan tentera Sultan Muhammad Al Fateh yang menakluk dan membebaskan Kota Konstantinople dari jajahan Byzantine, maka tidak hairanlah pertolongan Allah akan sentiasa bersama dengan mereka.

Jika kita bertanyakan soalan yang sama pada generasi muda hari ini, mungkin pada soalan yang pertama sahaja telah ramai yang ‘kantoi’ apatah lagi apabila ditanyakan soalan kedua dan ketiga. Mungkin jika ditanya soalan ini kepada kumpulan para pendakwah hari ini pun, belum tentu natijahnya sama dengan apa yang didapati Sultan Muhammad Al Fateh kepada tenteranya.

Hari ini, kita berada dalam satu generasi yang lebih menghafaz nama-nama artis dan pemain bola sepak handalan daripada sahabat-sahabat Nabi dan nama pahlawan-pahlawan Islam sepanjang zaman. Lebih bermaklumat tentang sejarah juara Piala Dunia dari 1930-an berbanding sejarah agung umat Islam. Generasi yang lebih ghairah dan cinta kepada bola sepak berbanding cinta kepada keimanan dan kehidupan Islam yang indah. Generasi yang sanggup bangun malam untuk melihat pasukan kegemaran berbanding bangun malam untuk memohon keampunan.

Ternyatalah bahawa sebenarnya kita masih jauh dengan kemenangan, selagi mana generasi hari ini tidak dididik dengan didikan Islam yang sebenar dan menghayati kehidupan Islam secara total, maka selagi itulah umat akan terus dijajah dan diratah oleh musuh.

Penyelesaian kepada kemelut yang melanda hari ini hanyalah dengan mengembalikan semula jatidiri dan kemuliaan Islam kepada setiap peribadi muslim. Generasi hari ini haruslah dididik untuk cinta kepada keimanan lebih dari cinta kepada hiburan dan kelalaian. Cinta kepada kebaikan dan kesungguhan lebih dari cinta kepada kerehatan dan kemalasan. Lebih cinta untuk membaca Al-Quran dan solat malam berbanding membaca analisis Piala Dunia dan bangun malam kerana bola.

Projek membina generasi Muhammad Al Fateh adalah projek besar yang memerlukan kepada persediaan yang rapi, kesabaran yang tinggi dan kebijaksanaan yang bukan calang-calang kerana generasi yang ingin dibina adalah generasi yang mempunyai kesungguhan dan tekad yang kuat untuk menolak godaan hawa nafsu.

Kita harus mengoreksi diri kita dan memeriksa, apakah kita telah terlibat dalam projek pembinaan generasi Al Fateh. Jika tidak, bagaimana kita harus bermula? Hanya kita sendiri yang boleh mencari jawapannya.

“Ramai yang boleh berdakwah, tetapi tidak ramai yang cinta pada dakwah”.


sumber

Selamat Menduduki Peperiksaan

Kami, warga Lujnah Tarbiah,Biro Agama Dan Moral IPG Kampus Ipoh, mengucapkan, selamat menduduki peperiksaan buat semua warga IPG kampus Ipoh...Semoga kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang... Ameen...


Friday, October 29, 2010

Program Qiamullail Perdana

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

Pada hari ini (29/10/2010) akan diadakan qiamullail bertempat di Pusat Islam Al-Hidayah...Semua pelatih muslim IPG Kampus Ipoh diwajibkan hadir...Pada malam ini juga semua pelatih muslimin akan bermalam di Bangunan Seri Siantan manakala semua pelatih muslimat akan bermalam di Pusat Islam Al-Hidayah...Segala maklumat mengenai program adalah seperti berikut:





p/s: Jom kita pakat pergi ramai-ramai...mencari cinta yang sejati,yang abadi....

Wednesday, October 27, 2010

Kain cinta Putih

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua...

Disini ana ingin berkongsi sebuah cerpen yang bertajuk, Kain Cinta Putih... Hayatilah, dan ambillah iktibar daripada kisah tersebut...


Kain Cinta Putih

Peluh mengalir deras membasahi seluruh tubuh kecil yang sedang asyik membanting tulang empat kerat. Setiap kali titisan peluh itu mengalir meluruti dahi menuju ke kelopak mata, pantas dikesat dengan lengan bajunya. Rasa letih mula menjalar perlahan-lahan menyerap ke seluruh tubuh. Namun, tubuh kecil itu tetap menggagahkan diri untuk menghabiskan bakian kerjanya. Jika dituruti rasa letih dan penat itu mungkin akan mengakibatkan seisi rumahnya kelaparan.
“Pak Majid! Lidi yang telah diraut ni Kudin letakkan di atas para bawah rumah. Buah kelapa yang Kudin kutip tadi, semuanya Kudin kumpulkan di tepi tangga di belakang rumah sana” ujar Kudin sebaik sahaja usai kerjanya meraut lidi serta memungut buah-buah kelapa kepunyaan Pak Majid.
“Kudin! Ini duit upah untuk hari ini. Besok boleh tak Kudin tolong Pak Majid bersihkan kebun?” kata Pak Majid sambil menghulurkan sejumlah wang kepada Kudin.
“Insya Allah. Kalau mak Kudin tak sakit, Kudin datang bantu Pak Majid besok” balas Kudin.
Setelah berjabat tangan, Kudin meminta izin pada Pak Majid untuk pulang ke rumahnya. Dengan secangkir senyuman ikhlas, Pak Majid membenarkan Kudin pulang. Selepas terungkap lafaz salam Kudin pun meninggalkan Pak Majid.Kudin mendongak ke langit. Sang mentari yang garang membakar, betul-betul tegak di atas kepalanya. Suatu petanda menandakan bahawa waktu Zohor hampir tiba. Seolah-olah ia adalah satu suruhan tanpa suara kepada semua manusia yang beriman agar bersiap-sedia untuk menunaikan tiang agama. Langkah kaki yang disusun semakin pantas diatur. Menyusuri denai dan semak menuju ke pondok usang tinggalan Allahyarham bapanya. Sekalipun pantas, kewaspadaan terhadap rintangan yang sedia tersaji menjadi satu signifikan dalam dirinya. Kecelakaan mungkin boleh berlaku. Paku, duri dan kaca bakal tertusuk menembusi telapak kakinya andai dia tidak berwaspada dan berhati-hati. Rutin hariannya akan tergendala sekiranya hal sedemikian menimpa dirinya.

****************

“Assalamualaikum, Mak! Abang balik ni” laung Kudin memanggil ibunya.
“Waalaikumussalam. Anak mak dah balik. Masuk nak” jawab makcik Habibah, ibu Kudin.
Dia hanya mampu menyambut kepulangan anaknya itu sehari-hari dengan kata-kata manis. Dia mengharapkan agar kata-kata itu menjadi pemangkin serta penawar keletihan anaknya. Kalau diikutkan hati dia tidak mahu mengizinkan anak sulungnya itu bekerja. Dia amat menginginkan Kudin mendapat pelajaran seperti anak-anak orang lain yang seusianya. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia kini lumpuh kedua-dua belah kaki akibat dari kemalangan yang dialaminya ketika Kudin masih berusia dua tahun dan Zubaidah anak keduanya berumur setahun. Kemalangan itu telah meragut nyawa suaminya yang merupakan ketua keluarga mereka. Tetapi dia yakin bahawa Allah s.w.t tidak bersifat kejam. Allah s.w.t tidak menzalimi keluarganya. Ujian yang dialaminya kini adalah tarbiah dari Allah. Ujian ini bukanlah satu penganiayaan tetapi satu penilaian dari Allah terhadap dirinya. Dia juga telah menitipkan keyakinan ini terhadap kedua-dua anaknya. Mereka anak-beranak redha dengan ketentuan Allah ini.
“Mak dah makan?” tanya Kudin sebaik sahaja kakinya melangkah masuk.
“Belum. Mak tunggu abang. Kita makan sama-sama ya”
“Baik. Em! Adik mana mak?”
“Ke belakang katanya tadi. Ambil batang lambok buat ulam” ujar Makcik Habibah.
Kudin melangkah keluar meninggalkan ibunya menuju ke belakang rumah mereka.“Zubaidah! Awak buat apa tu?” tegur Kudin.
Sejak dia pandai menyebut nama adiknya itu, belum pernah dia meringkaskan nama Zubaidah. Dia sangat menyayangi adiknya. Zubaidah juga senasib dengannya. Tidak mendapat pendidikan kerana kemiskinan keluarga mereka.
“Ambil lambok ni. Abangkan suka makan ulam lambok cicah dengan sambal tempoyak. Adik goreng ikan je hari ni. Tak sempat nak masak gulai. Tadi, asyik sangat berkebun sampai terlewat masak. Abang tak marahkan?” ujar Zubaidah sayu.
Dia bimbang akan dimarahi abangnya.Kudin menghampiri Zubaidah lantas mendakapnya dengan penuh manja. Diusapnya rambut halus Zubaidah perlahan-lahan. Dahi si adik dikucup. Ditatapnya wajah Zubaidah beberapa ketika. Kemudian diukirnya sekuntum senyuman untuk Zubaidah.
“Tak marah. Adik abang tak pernah buat abang marah. Tak ada gulai pun kita tetap makan jugak kan. Bukankah mak selalu pesan pada kita yang makan ni untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. Adik abang ingat lagikan” tutur Kudin menyantun lembut.
“Adik ingat abang” balas Zubaidah.
“Em! Zubaidah tanam apa hari ini?” tanya Kudin.
“Kacang panjang dengan timun. Sedap ni kalau cicah dengan tempoyak” jawab Zubaidah sambil tersenyum bangga.Kedua-dua beradik itu berjalan dalam pelukan melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka kemudian makan bersama-sama. Tengahari itu mereka sekeluarga makan dengan penuh kemesraan. Kudin dan Zubaidah bergilir-gilir menyuap nasi ke mulut ibu mereka. Ibu lumpuh itu seakan terlupa akan kesempitan hidup mereka bila melihat telatah kedua-dua anaknya.

*******************

“Siapa tahu apa maksud anak soleh?” tanya Ustaz Taufiq menguji kefahaman murid-muridnya.
Semua muridnya terlopong sambil berpandangan sesama mereka. Tidak kurang juga segelintir dari mereka yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Nurul Husna! Boleh terangkan pada kawan-kawan apa yang Nurul Husna tahu tentang anak soleh?” soal Ustaz Taufiq kepada salah seorang muridnya yang sedang asyik membelek-belek kotak pensel.
Dalam keadaan terpinga-pinga Nurul Husna senyum tersengih. Giginya yang rongak bahagian depan mengurangkan sedikit seri wajahnya. Ustaz Taufiq tersenyum. Dia faham benar dengan kerenah semua muridnya. Diajunya soalan yang sama kepada Abdul Rafiq pula. Abdul Rafiq merupakan murid yang paling nakal dalam kelas itu tetapi amat luas pengetahuannya. Ibunya juga seorang guru agama. Dia mengajar di kampung sebelah
.“Saya, kalau anak soleh tu tak tau la Ustaz. Tapi kalau anak Salleh tu saya kenal sangat” jawab Abdul Rafiq sambil tangnnya menunjuk ke arah Nur Shahirah.
Nur Shahirah ialah anak Pakcik Salleh tukang gunting rambut kampung mereka. Dia terkejut. Kemudian terus menangis kerana kelas mentertawakannya.
“Tap! Tap! Tap!” bunyi rotan diketuk ke meja.
Ustaz Taufiq mententeramkan kelasnya. Abdul Rafiq didendanya. Kemudian dia menjelaskan kepada murid-muridnya maksud anak soleh.
“Anak soleh ialah anak yang sentiasa patuh dan taat kepada perintah kedua ibu bapanya selagi mana mereka tidak menyuruh kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan nabi kita Muhammad s.a.w” jelasnya.
“Kita tidak boleh melawan kata-kata ibu dan bapa kita.
Nabi s.a.w bersabda : Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa” jelasnya lagi.
“Dan yang paling utama ialah anak yang soleh ini sentiasa mendoakan kebahagian kedua ibu bapanya di dunia dan akhirat” sambungnya lagi.
Semua muridnya terdiam. Bermacam-macam reaksi dari mereka apabila mendengar penjelasan itu. Ustaz Taufiq mengerti keluh-kesah murid-muridnya.
“Kelas! Semua sekali tengok Ustaz?” pintanya.
Semua murid memandangnya. Dia membiarkan mereka terdiam sebentar. Sambil menarik nafas dia bertanyakan satu soalan kepada mereka.
“Awak semua sayang tak pada mak dan ayah awak?” soalnya.
“SAYANG” jawab mereka serentak.
“Awak semua nak tak mereka masuk syurga?” soalnya lagi.
“NAK”
“Jadi, kalau awak semua nak mereka masuk syurga, awak semua kena rajin-rajin belajar tentang Islam. Sebab anak yang sayangkan ibu dan bapanya mesti pandai tentang agama Islam. Agama Islam mengajar kita cara berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa kita. Kalau awak semua nak pandai berdoa untuk mak dan ayah awak, mesti kena datang sekolah agama hari-hari. Inilah bukti kita cintakan mak dan ayah kita” jelasnya berjela.
“Apa bukti cinta kita pada mak dan ayah kita?” tanya Ustaz Taufiq pada murid-muridnya.
“KITA KENA DATANG SEKOLAH AGAMA TIAP-TIAP HARI SUPAYA KITA PANDAI BACA DOA UNTUK KEBAHAGIAN MAK DAN AYAH KITA, USTAZ” serentak dijawab oleh semua muridnya.
Kudin yang sedari tadi duduk di luar kelas menitiskan air matanya. Dia hanya mendengar pengajian itu dari luar kelas kerana tidak mampu untuk membayar yuran. Begitulah rutin hariannya hampir setahun. Selama itu juga tidak seorang pun menyedari kehadirannya. Dia juga tidak ingin kehadirannya diketahui. Bimbang mengganggu ketenteraman orang lain. Memang itulah hakikatnya. Kanak-kanak kampung itu tidak berapa suka berkawan dengannya. Malah mereka menggelarnya dengan gelaran Kudin Kurap. Dia sendiri sehingga kini masih memikirkan kenapa dia digelar “kurap” walhal setompok kurap pun tidak pernah bertunas di tubuhnya. Barangkali kerana pakaiannya yang lusuh menyebabkan dia dihina sedemikian.Kudin mengesat air matanya. Otaknya berputar memikirkan kata-kata Ustaz Taufiq sebentar tadi. Bukti cinta seorang anak kepada ibu bapanya ialah hadir ke sekolah agama setiap hari. Kenapa? Supaya faham tentang agama Islam. Untuk apa? Untuk mengetahui cara mendoakan kesejahteraan mereka. Sekali lagi air matanya berderai ke pipi. Bagaimana mungkin untuk dia hadir ke sekolah setiap hari. Hendak membayar yuran pun dia tidak mampu. Hidupnya sekeluarga sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau setakat mendengar dari luar kelas sebegini bagaimana untuk dia lekas pandai berdoa. Belajar perlu diuji. Ujian untuk mengetahui tahap kefahaman seseorang. Itulah antara butiran permata bicara yang didengarinya dalam khutbah jumaat yang lepas. Dia tidak bisa diuji kalau tidak hadir ke sekolah seperti kanak-kanak seusianya.Kudin terus menangis sambil meratapi takdir dirinya. Bukan menyesali. Tapi dia seorang kanak-kanak. Dia tidak setabah ibunya. Air matanya mencurah-curah. Tangisannya menyerap masuk ke dalam kelas tanpa ia sedari. Suara tangisannya telah menarik semua murid berlari meluru ke arah jendela.
“KUDIN KURAP!” jerit mereka serentak.
Kudin terkejut dan cuba lari beredar. Akan tetapi langkah kakinya terhalang oleh suara Ustaz Taufiq yang memanggilnya. Ustaz Taufiq bergegas ke luar kelas mendapatkan Kudin.
“Siapa nama awak?” tanyanya pada Kudin.
“Fakhruddin bin Mansur”
“Tapi orang panggil saya Kudin” jelas Kudin.
“Tak mengapa. Kalau orang panggil awak Kudin biar Ustaz panggil awak Fakhruddin. Nama kita adalah doa” jelasnya.
“Kenapa Fakhruddin tak masuk kelas belajar bersama kawan-kawan lain” tanyanya pula.
“Saya tak ada duit untuk bayar yuran dan beli baju, Ustaz” jawab Kudin.
Ustaz Taufiq berfikir seketika. Dahinya berkerut. Dipejamkan matanya mengharapkan pertolongan daripada Allah s.w.t agar bisa dirungkaikannya masalah ini. Hati dan fikirannya berbicara rancak mencari jalan penyelesaian.
“Macam ni la Fakhruddin. Soal yuran tu awak tak perlu fikirkan. Taulah Ustaz nak uruskannya. Cuma tentang baju tu masalah sikit. Sekolah ni sentiasa dipantau oleh pegawai dari majlis agama. Mereka mahu semua murid di sini datang sekolah dengan pakaian seragam. Baju melayu putih sepasang serta sampin hijau dan bersongkok hitam. Ustaz tak mampu nak bantu awak beli baju tu” terangnya memberi jalan.
“Berapa harga baju tu Ustaz?” tanya Kudin.
“Ustaz tak pasti sebab ustaz tak ada anak lelaki. Setahu Ustaz kita kena tempah baju tu. Cuba awak tanya pada kedai Ah Seng di pekan” sarannya.
“Untuk pengetahuan Ustaz, saya bekerja mengambil upah membantu orang-orang kampung. Beginilah, mulai esok saya akan bekerja dengan lebih kuat. Walau apa cara sekalipun saya mesti dapatkan baju itu. Baju itu nanti akan menjadi bukti cinta saya pada mak dan ayah saya” ujar Kudin penuh bersemangat. Ustaz Taufiq sungguh terharu. Dia berdoa didalam hati memohon kejayaan Kudin.

****************

Sejak hari itu Kudin bekerja dari pagi hingga lewat petang. Berbagai-bagai kerja yang dilakukannya. Menebas, mengutip kelapa, membersih kolam ikan dan banyak lagi. Tujuannya hanya satu. Baju seragam sekolah agama. Dia mesti berusaha dengan sekuat tenaganya kerana Allah sentiasa bersikap adil terhadap hamba-hambaNya. Kurnia Allah setimpal dengan usaha hambaNya. Sekiranya kuat kita berusaha maka banyaklah yang akan kita perolehi hasilnya dan begitulah sebaliknya. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.Tiga minggu Kudin memerah keringat untuk mencapai cita-citanya. Hari ini dia akan ke kedai Ah Seng di pekan untuk menempah baju yang diingininya. Dia merasakan wangnya telah mencukupi. Sengaja dia tidak bertanya terlebih dahulu tentang harga di kedai Ah Seng seperti yang disarankan oleh Ustaz Taufiq. Upah selama tiga minggu kerja bermati-matian dirasakannya cukup untuk menempah baju seragam tersebut. Sebelum ke pekan dia bertemu dahulu dengan ibu dan adiknya Zubaidah untuk memberitahu hajatnya ini. Mereka berdua gembira mendengarnya.
“Zubaidah! Abang janji. Kalau abang dah masuk sekolah agama nanti, abang akan ajar adik apa yang abang belajar” ujar Kudin kepada Zubaidah.
“Terima kasih abang. Eh! Silap. Ustaz Abang” jawab Zubaidah sambil berseloroh mengusik abangnya.
“Ini janji abang, Zubaidah. Abang nak kita berdua jadi anak yang soleh” ujar Kudin bersemangat.
Zubaidah mengangguk-angguk tanda faham dengan maksud abangnya.
“Adik jaga mak ya” pesan Kudin pada Zubaidah.
“Mak! Baju itu nanti akan menjadi bukti cinta dan kasih sayang abang pada mak, ayah dan adik. Mak doakan abang ya” kata Kudin pada ibunya.
“Mak sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anak mak” jawab ibunya dengan linangan air mata kebanggaan.
Kudin pun meniggalkan ibu dan adiknya menuju ke pekan. Dalam perjalanan dia membayangkan betapa segaknya dia dengan pakaian seragam itu nanti. Dia semestinya puas. Pakaian seragam itulah tanda cintanya terhadap keluarganya. Dan yang paling membanggakan ialah dia mendapatkannya dengan wang hasil usahanya sendiri.

*****************

“Tauke! Saya mahu tempah baju untuk sekolah agama. Berapa dia punya harga?” tanya Kudin kepada tauke Ah Seng.
“Oh! Lu budak. Gua ada kenai sama lu. Bapak lu punya nama Mansur kan?” tanya tauke Ah Seng.
“Ya la tauke. Macam mana tauke boleh kenal saya punya bapak?” tanya Kudin kehairanan.
“Gua ha. Sama lu punya bapak banyak baik dulu-dulu. Lu tadi mau tempah sekolah agama punya baju bukan. Dia punya halga RM35. Tapi itu mahal punya kain la. Kalau mulah punya kain gua kasi lu RM20. Tapi itu kain Melayu bikin bungkus olang mati la” jelas tauke Ah Seng.
“Itu songkok berapa harga dia tauke?” tanya Kudin sambil menunjuk ke arah songkok hitam di dalam almari kaca.
“Itu RM25 satu. Lu mau ka?”
“Mahal la tauke. Saya ada RM30 saja”
“Ini macam la budak. Gua punya anak ala ini songkok. Dulu dia ala masuk sekolah punya pancalagam. Sikalang tatak ala pakai lagi. Gua kasi lu angkat. Hadiah gua sama lu. Dia punya kepala sama lu punya kepala ala sama”
“Terima kasih tauke. Saya mau angkat kain yang murah punya. Lebih duit ni saya bikin belanja”
“Banyak bagus la itu macam. Sini mali. Gua kasi ukur lu punya badan dulu” minta tauke Ah Seng.
Sambil mengukur dia rancak bercerita itu dan ini tentang bapa Kudin. Ternyata mereka terlalu akrab suatu masa dulu.
“Lagi satu minggu lu latang sini kasi angkat lu punya baju. Itu jam juga lu boleh masuk sekolah agama” beritahu tauke Ah Seng.
“Terima kasih tauke. Ini baju tanda cinta saya pada saya punya mak, ayah dan adik saya”
“Banyak baik lu punya hati. Saya banyak suka dapat jumpa lu ini hali”
“Terima kasih tauke. Saya balik dulu”
Kudin terus berlari pulang ke rumahnya kerana terlalu gembira. Dia perlu segera sampai ke rumah untuk berjumpa ibu dan adiknya. Mereka juga harus merasai sama berita gembira ini.
“Hoi! Budak. Jangan lali. Jalan pun lu boleh sampai rumah” jerit tauke Ah Seng kepada Kudin dari dalam kedainya.
Kudin berpaling sambil melambai-lambai tangannya kepada tauke Ah Seng.“BANG!!!”Dengan tidak semena-mena muncul sebuah kereta yang bergerak laju menghala ke arah Kudin serta melanggar tubuh kecil itu. Hentakkan yang kuat menyebabkan Kudin tercampak 30 meter ke hadapan. Tauke Ah Seng yang melihat kejadian itu di depan matanya menjerit sekuat hati. Dia kemudian berlari ke arah Kudin. Kudin yang ketika itu tercungap-cungap tanpa sebarang suara. Tauke Ah Seng memangku kepala Kudin yang diselubungi darah di atas pahanya. Dia berteriak kepada orang ramai supaya menahan mana-mana kereta untuk membawa Kudin ke hospital berdekatan.Darah yang mengalir deras terus-menerus keluar dari mulut, hidung dan mata selain melalui bahagian kepala Kudin yang luka parah. Kaki dan tangannya terkulai. Kudin berdengkur. Dari perlahan bertukar kuat. Kemudian keluar darah berbuih dari mulutnya. Selepas itu tiada lagi sebarang tindak balas dari tubuh kecil itu. Kudin tidak bergerak. Nafas yang tadinya tercungap-cungap kini telah terhenti. Terhenti untuk selamanya. Orang ramai yang mengerumuninya menggeleng-gelengken kepala. Kudin telah pergi menemui Tuhannya.

********************

“Mana la abang kamu ni Zubaidah? Dah nak masuk Asar masih tak balik-balik lagi” rungut Makcik Habibah.
“Entahlah mak. Biasanya sebelum sampai Zohor abang dah ada di rumah” jawab Zubaidah.
“Eh! Mak. Tengok sana tu. Ada van masuk ke rumah kita” kata Zubaidah.
Makcik Habibah kaget. Dia tergamam melihat sebuah van menghala ke rumahnya. Dia kenal benar dengan van itu. Van jenazah hospital. Zubaidah hanya memerhatikan van itu sehingga berhenti di hadapan pintu rumahnya tanpa mengerti seperti ibunya. Keluar dua orang lelaki dari van tersebut menuju ke depan pintu rumah mereka.
“Assalamualaikum!” salah seorang dari mereka memberi salam.
“Waalaikumussalam” jawab mereka berdua.
“Makcik ni ibu Fakhruddin ya?” tanya lelaki yang seorang lagi.
“Ya” jawab Makcik Habibah.
“Kami harap makcik banyak-banyak bersabar. Anak makcik Fakhruddin kemalangan. Dia dah meninggal. Ni kami datang hantar jenazahnya” jelasnya.
“Tauke Ah Seng yang tunjukkan kami jalan ke mari” ujar lelaki yang memberi salam tadi.
Zubaidah terus mendakap ibunya serta menangis sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Mereka dua beranak berpelukan menangisi pemergian Kudin.Jenazah Kudin dibawa masuk ke dalam rumah kecil mereka. Jenazahnya diletakkan ditepi pembaringan ibunya. Ibu lumpuh itu memeluk erat anaknya yang tidak lagi bernyawa. Dikucupnya kedua-dua belah pipi dan dahi jenazah anaknya itu. Kemudian diikuti oleh Zubaidah melakukan seperti apa yang dilakukan oleh ibunya. Lama dia mendakap. Dia tidak mahu melepaskan pelukannya. Makcik Habibah menenangkan anak perempuannya itu. Zubaidah mengalah dengan kata-kata ibunya. Dia terusan menangis dipangkuan ibunya.
“Nyonya! Ini kain lu kasi bungkus lu punya anak. Tadi sebelum kena langgar dia ada bili dekat gua punya kedai” kata tauke Ah Seng sambil menghulurkan kain putih yang dibeli oleh Kudin di kedainya.
Makcik Habibah menyambut kain putih itu. Dia kemudian mengucup kain itu beberapa kali. Kain yang ingin Kudin jadikan baju melayu itu akan digunakan sebagai kain kapan jenazahnya. Kain putih yang ingin dijadikan bukti cintanya kepada ibu, bapa dan adiknya kini menjadi pembalut tubuhnya bertemu Allah cinta yang hakiki...
p/s: sejauh manakah cinta kita pada kedua ibu bapa kita??? dan sedalam manakah cinta kita pada agama??? bersama kita memuhasabah diri...

Monday, October 25, 2010

KEMBALI KEPADA ASAL

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada rabbul izzati atas segala nikmatnya.. syukur kerana diri ini masih lagi berikan kekuatan untuk menulis secebis catatan buat renungan bersama yang lahirnya dariNya...

Kembali kepada asal...

Begitulah apa yang akan ana bincangkan disini... mari kita hayati bersama...menelosori rentetan-rentetan dan cebisan-cebisan kehidupan di atas dunia...

Siapa yang tidak tenang, apabila tiba saatnya pulang ke kampung halaman... bertemu ayahanda dan bonda tercinta, berjumpa kekanda dan adinda tersayang... kerana apa?? kerana kita kembali kepada asal... tempat kita dilahirkan...

Siapa yang tidak tenang melihat hijaunya alam yang terbentang luas... mendengar kicauan unggas di hutan... mendengar desiran ombak yang menghempas pantai... mendengar aliran sungai yang mengalir... mendengar deruan angin yang bertiup menghiasi alam pawana... Jika kita yang tinggal dibandar atau pekan yang sesak dengan bangunan-bangunan konkrit, pasti akan mencari sedikit masa untuk keluar ke mencari tempat yang bisa menenangkan hati yang gelisah, menyusun kembali minda yang bercelaru...Kita keluar mencari hijaunya alam...menikmati secebis nikmat kurniannya yang terbentang luas...

kerana apa??? kerana kita kembali kepada asal...

bagaimana???

Allah subhanahuwata`ala ada berfirman yang bermaksud,dengan mengingati allah, hati akan menjadi tenang.....

Apa kaitannya???

zikir itu ubat penenang bagi jiwa yang resah, gelisah...

Setiap makhluk ciptaan Allah seperti haiwan dan tumbuhan sentiasa berzikir memuji Allah... setiap masa, saban ketika...MasyaAllah...patutlah jiwa tenang tatkala menatap hijaunya alam,mendengar aliran sungai yang mengalir kerana itu adalah zikir...bunyi cengkerik ditengah malam itu zikir, bunyi desiran ombak itu zikir,bunyi angin yang bertiup itu zikir...cuma caranya sahaja yang berbeza...tetpi itulah kebesaran Allah...walaupun akal tidak memahaminya, namun roh yang asalnya dekat kepada Allah, dan tenang dengan zikrullah, mentafsirkannya dengan tepat dan indah...tidak kiralah manusia itu atheis, buddha, christian atau beragama apa sekalipun, mereka pasti tenang melihat dan mendengar semua itu...kerana walaupun akal meyakini perkara yang berbeza, tetapi roh itu bahsanya satu dan esa, memahami zikrullah penenang jiwa...

Ya Allah,
Kembalikan aku pada asalku...
kerana,
kepadamu jua akan aku dikembalikan...








Rujukan : bercinta sampai kesyurga- saiful islam...

p/s: semoga bermanfaat...

Saturday, October 23, 2010

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah syukur kita panjatkan kepadanya atas nikmat, kasih dan sayangnya, kita mampu untuk bernafas lagi pada hari ini...

Disini, ana ingin kongsikan sebuah sajak mungkin, yang ana ambil dari blog (kalau tidak salah ana sebab ana betul2 tidak ingat dimana ana ambil artikel ni) yang ana rasa bermanfaat untuk renungan bersama...

Hayatilah...

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA
Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku,
Dengan wudu',
Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang,
Aku,kau junjung dan kau pelajari...
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari,...
Setelah selesai, engkau menciumku mesra...
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau,
menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang,
Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan...
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa...
Atau,
Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.
Kini,
Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...
pagi-pagi...
surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang,
Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...
seawal pagi sambil minum kopi...
engkau baca surat khabar dahulu....
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia....
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembukasurah2ku(Bismillah)....
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi....
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu....
Sepanjang perjalanan,
radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu,Mengasyikkan....
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.
Di Komputermu pun kau putar musik kesukaanmu.
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan.
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu....
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku .
Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen...
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk...
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah...
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu...
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku,
hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali...
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu...
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku ...
Atau,
waktu kematian saudara atau taulan mu...
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba,
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya....
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu....
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t...
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu ...
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diriDalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimuYang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali....
bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla,
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah...
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu...
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi,
petang dan malam hari walau secebis ayat,
Seperti dulu....
Waktu engkau masih kecil...
Di surau kecil kampungmu yang damai...
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana...

p/s:~Semoga bermanafaat... ~

Wednesday, October 20, 2010

KULIAH MAGHRIB BERSAMA EN. HARIS ABU BAKAR

Bismillahirohhmanirrahim...

Pada hari ini, 20 / 10 / 2010 akan diadakan kuliah maghrib bersama En. Haris Abu Bakar di Pusat Islam Al-Hidayah.. Maklumat program adalah seperti berikut :




Marilah kita bersama-sama mengimarahkan Pusat Islam Al-Hidayah... Semoga segala langkah kita, mendapat ganjaran pahala dan redho-Nya insyaallah...

Wednesday, September 01, 2010

'QIAMULAIL'

Bismillahirrahmanirrahim



Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:

“Bahawa Rasulullah S.A.W apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”


(HR Bukhari & Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahwa Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan beribadat kepada Allah S.W.T pada 1o malam terakhir bulan Ramdhan..


Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan . Allah berfirman

"Sesungguh Kami menurunkan Al Qur'an pada malam Lailatul Qadar tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lbh baik dari seribu bulan Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dgn izin Rabb mereka (untuk membawa) segala urusan Selamatlah malam itu hingga terbit fajar." (Al Qadar : 1-5)

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yg penuh hikmah

"Sesungguh Kami menurunkan pada suatu malam yg diberkahi dan sesungguh Kami-lah yg memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yg penuh hikmah (yaitu) urusan yg besar dari sisi Kami. Sesungguh Kami adl Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Ad Dukhan : 3 - 6)

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Ketahuilah hamba yg taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dgn ruh dari-Nya dan membantu dgn pertolongan-Nya- sesungguh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menggambarkan pagi malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.

Dari 'Ubai Radhiyallahu 'anhu ia berkata Rasulullah S.A.W bersabda:

"Pagi hari malam Lailatul Qadar matahari terbit tak menyilaukan seperti bejana hingga meninggi."
(Muslim (762)


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu ia berkata kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah S.A.W dan Baginda bersabda:

"Siapa di antara kalian yg ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah." (Muslim (1170 /Perkataan syiqi jafnah syiq arti setengah jafnah arti bejana. Al Qadhi 'Iyadh berkata "Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan krn bulan tak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.")

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"(Malam) Lailatul Qadar adl malam yg indah cerah tak panas dan tak juga dingin (dan) keesokan hari cahaya sinar matahari melemah kemerah- merahan."
(Thayalisi (394) Ibnu Khuzaimah (3/231) Bazzar (1/486) sanad hasan)


Selamat beribadat..^^

Wallahualm..

Monday, August 23, 2010

'Ramadhan al-Mubarak'

Khutbah Rasulullah S.A.W. ketika menjelangnya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah,

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]

Wallahualam