Wednesday, April 28, 2010

Renung-renugkanlah dan Bersyukurlah pada Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah....


Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha mengasihani..








Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.


Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)


Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.





Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)


Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.


Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)






Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?



Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.

Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!


Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.




Dan janganlah termasuk didalam golongan: Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.(An-Nahl:83)















Friday, February 26, 2010

'Salam Maulidur Rasul'

Assalammualaikum Warahmatullah...

Dengan Nama Allah, Tuhan yang Maha ESA...
















Sempena perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, apakah yang telah kita lakukan untuk menunjukkan bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W?? Sesungguhnya Rasulullah sangat menyayangi umat-umat Baginda termasuklah dengan umat-umat yang Baginda tidak berkesempatan untuk berjumpa (iaitu KITA SEMUA...) Malah ketika Baginda hampir wafat, perkara yang disebutnya ialah "umatku, umatku, umatku..". Jadi bersama-samalah kita reflect diri kita -layakkah kita menjadi umat Baginda sekiranya kita tidak menyayangi dan mencintai Baginda!?

Bagaimanakah caranya kita hendak menujukkan bahawa kita menyayangi Rasulullah S.A.W? Adakah cukup dengan sekadar berselawat ke atas Baginda??

Di bawah ini adalah beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).



MARILAH
kita bersama-sama mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita bukan sahaja untuk sekali setahun tetapi setiap masa...



Tuesday, January 26, 2010

Gotong-royong Santai

Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Pada pagi ahad, bersamaan dengan 24 Januari 2010, lujnah tarbiah telah mengadakan program ‘Gotong-royong Santai’ yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan ahli-ahli lujnah tarbiah..


Masa : 8.15 pagi-10.15 pagi
Tempat: Pusat Islam al-Hidayah
Catatan: 8 orang hadir bersama pemantau


Program tersebut dimulakan dengan membuat liqa’ dan kata-kata aluan daripada ketua lujnah tarbiah, akhi Rafizi. Selepas itu, ahli-ahli lujnah bersarapan bersama-sama dalam talam...bacaan doa oleh akhi Nizam..( dalam hendak bersarapan, akhi Rafizi menekankan bahwa suapan pertama setiap ahli hendaklah diberikan pada sahabat...)(^_^)


Kemudian program diteruskan lagi dengan sesi mengemas surau al-Hidayah. Ahli-ahli lujnah dibahagikan kepada 2 iaitu muslimin mengemas tempat muslimin dan muslimat mengemaskan tempat muslimat...



































Keadaan surau selepas dikemas....




Setiap ahli bertungkus-lumus dalam mengemaskan rumah yang paling dicintai iaitu rumah ALLAH S.W.T...masing2 tidak mengenal penat lelah demi mendapat keredhaan dari-NYA...


Akhirnya tibalah di penghujung program...(T_T)(masing2 rasa sedih....) Walaubagaimanapun, Alhamdulillah.... syukur pada ALLAH S.W.T, prpgram Gotong-royong santai lujnah tarbiah ini berjalan dengan lancar dan objektifnya tercapai....


Sebelum bersurai, Ketua Lujnah membuat ‘round table’ bagi setiap ahli mengekspreskan diri masing-masing...Di samping itu, pemantau lujnah tarbiah, akhi Ehsan menasihatkan agar setiap ahli untuk cuba menjadi ‘inventor dakwah’ agar amalan setiap ahli boleh sentiasa di’update’ ..

Insya’ALLAH, program-program seperti ini akan dijalankan lagi bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli lujnah....

Sesungguhnya ALLAH S.W.T sangat menyukai amalan ini dimana Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Sesungguhnya akar tunjang yang kukuh sekali ialah kamu mencintai (seseorang) kerana Allah dan membencinya kerana Allah juga”

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Al-Bara bin Azibr.anhuma.

'Bulan Penghayatan Solat'

Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Pada hari rabu yang lepas, bersamaan dengan 20 Januari 2010, lujnah tarbiah telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan cadangan aktiviti-aktiviti untuk program ‘Bulan Penghayatan Solat’ yang akan dijalankan dalam sepanjang bulan Februari.


Masa : 10.00 malam-12.00 malam
Tempat: Pusat Islam al-Hidayah
Catatan: 9 orang hadir bersama pemantau
Agenda:1. Tazkirah daripada Akhi Izzul
2. Cadangan aktiviti untuk ‘Bulan Penghayatan Solat’
3. Perkara berbangkit


1. Tazkirah daripada Akhi Izzul

Dalam tazkirah tersebut, Akhi Izzul menekankan kepentingan ilmu, baik duniawi mahupun akhirat..Bagaimana seorang muslim patut memaksimumkan ilmunya....di samping mengamalkan ilmu di dada, semata-mata kerana ALLAH S.W.T....




















2. Cadangan aktiviti untuk ‘Bulan Penghayatan Solat’

- Bengkel Solat/ Smart Solat
- Skuad Subuh
- Radio Rabu
- Kursus Imam dan Bilal
- Pertandingan...(azan, iqamat dan lain-lain lagi)
- Qiamulail perdana(penekanan untuk ahli Biro Agama dan Kerohanian)




































Semasa meeting, ustaz Zakaria telah datang meninjau disamping memberikan idea-idea bernas beliau bagi memantapkan lagi aktiviti lujnah tarbiah...


3. Perkara berbangkit

Semua ahli dinasihatkan agar istiqamah dalam beribadat kepada ALLAH S.W.T disamping mengikhlaskan diri dalam bergerak kerja dalam lujnah...
Selain itu, ahli-ahli diingatkan supaya bersedia untuk perjumpaan yang akan datang....


Syabas diucapkan pada ahli-ahli lujnah tarbiah kerana dapat merangka aktiviti-aktiviti untuk 'Bulan Penghatan Solat'

Moga-moga segala perancanga yang lujnah tarbiah buat mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T dan seterusnya meninggalkan impak dalam diri setiap pelatih...Insya'ALLAH

Sunday, January 24, 2010

Mencari Energi yang Hilang dalam Dakwah



Jiwa manusia tak jauh beda dengan anggota tubuh yang lain. Tangan akan lelah jika terus mengangkat. Kaki akan pegal-pegal saat terus berlari. Mata akan berair jika tak henti menatap. Dan, lelahnya jiwa ketika semangat kian surut.


Ada sesuatu yang aneh dirasakan Ka’ab bin Malik. Entah kenapa, sahabat yang begitu dekat dengan Rasul ini merasa enggan untuk segera berangkat bersama yang lain menuju Tabuk. Padahal, hampir tak seorang pun yang luput dari perang besar ini. Semuanya siap ikut. Paling tidak, memberikan sumbangan yang mereka punya. Ada apa dengan Ka’ab?

Selama ini, hampir tak satu pun peluang jihad disia-siakan Ka’ab. Tapi di Tabuk ini, ia merasa kalau ladang gandumnya yang sedikit lagi panen benar-benar menyibukkannya. Ah, nanti saja. Nanti saja, akan saya kejar rombongan Rasul itu. Nanti, dan nanti. Akhirnya, Ka’ab benar-benar tertinggal hingga peperangan yang memakan waktu sekitar satu setengah bulan itu berakhir.

Mungkin, bukan cuma Ka’ab yang sempat merasakan keanehan itu. Kita pun secara sadar atau tidak, pernah merasa ada sesuatu yang mengganjal. Semangat untuk aktif tiba-tiba mengendur. Dan keasyikan pun muncul saat diri cuma sebagai penonton.

Beberapa ulama dakwah menyebut gejala ini sebagai penyakit futur. Sayid Muhammad Nuh misalnya, menyebut lemahnya semangat dakwah yang sebelumnya berkobar-kobar sebagai futur.

Secara bahasa, futur bisa berarti berhenti setelah sebelumnya bergerak. Allah swt. berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 19 dan 20 yang di antaranya menyatakan kalau malaikat tidak pernah futur. “Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada (futur) henti-hentinya.”

Manusia memang bukan malaikat. Al-Insan atau manusia berasal dari kata nasiya yang berarti lupa. Kadar keimanan manusia pun bisa naik turun. Itulah di antara kelemahan manusia. Dan saling memberi nasihat adalah obat agar lupa tidak berakibat fatal.

Masalahnya, tidak semua yang sedang bermasalah bisa lapang dada menerima nasihat. Bahkan bisa jadi, mereka tidak sadar kalau dirinya sedang masalah. Setidaknya ada tiga keadaan yang menunjukkan kalau seseorang itu memang positif futur.

Pertama, ada kemalasan dalam menunaikan ibadah. Apa saja. Bisa salat, tilawah, zikir, apalagi infak. Kalaupun tertunaikan cuma sekadar menggugurkan kewajiban. Tidak ada semangat berlomba dalam kebaikan.

Kedua, ada keinginan untuk selalu menyendiri. Selalu muncul seribu satu alasan agar diri bisa selalu sendiri. Alasannya bisa macam-macam. Mulai kesibukan ekonomi, urusan keluarga, sibuk menghadapi ujian sekolah, dan sebagainya. Pokoknya, selalu ada halangan dalam berbagi dengan yang lain.

Ketiga, munculnya kepekaan emosi yang berlebihan. Orang jadi mudah tersinggung. Jangankan ditegur, dipuji pun bisa memunculkan kesalahpahaman. Yang ada di benaknya cuma ada pola berpikir negatif. Semua orang selalu salah, kecuali yang benar-benar cocok dengan dirinya. Dari situ pula, muncul takaran siapa yang bicara, bukan apa yang dibicarakan.

Bayangkan jika sebuah amanah dipegang oleh mereka yang punya keadaan seperti di atas. Akan terjadi beberapa kemungkinan. Boleh jadi, amanah akan terbengkalai karena ditinggalkan dengan tanpa beban. Kemungkinan berikutnya, terjadi konflik dalam pos yang diamanahkan. Karena orang yang punya kecenderungan bekerja sendiri sulit bisa menyatu dalam kerja tim.

Betapa tidak nyamannya jika futur menghinggapi diri. Karena itu, perlu kehati-hatian agar tidak terjebak dalam futur. Ada beberapa sebab sehingga seorang mukmin bisa futur. Pertama, berlebihan dalam memahami dan menerapkan ajaran agama.

Sebab ini muncul karena kurangnya pemahaman bahwa Islam sangat sejalan dengan fitrah manusia. Tidak ada yang sulit dalam Islam. Pengamalan Islam akan menjadi berat jika diberat-beratkan. Bahkan, dalam jihad pun. “Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…” (QS. 22: 78)

Rasulullah saw. pernah memberi nasihat, “Sesungguhnya agama Islam itu mudah dan tidaklah orang yang berlebihan dalam beragama melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (HR. Bukhari)

Dalam hadits lain, Rasulullah saw. bersabda, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah tidak akan merasa bosan sampai kamu sendiri yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang terus-menerus sekali pun sedikit.” (Mutafaq ‘alaih)

Sebab kedua, berlebihan dalam hal yang dibolehkan, mubah. Seorang mukmin menempatkan sarana hidup sebagai kendaraan buat kebahagiaan akhirat. Bukan buat pelampiasan.

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Siapa yang kekenyangan maka akan mendapat enam bahaya: kehilangan manisnya bermunajat kepada Allah, susah menghafal ilmu, kurang peduli terhadap sesama (karena mengira semua orang kenyang seperti dirinya), merasa berat beribadah, dan bergejolak syahwatnya. Karena, seorang mukmin akan menyibukkan diri berada di lingkungan masjid sementara orang yang perutnya kenyang akan sibuk di sekitar tempat pembuangan sampah.” (Riwayat Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumidin)

Ka’ab bin Malik memang pernah mengalami surut semangat dalam dakwah dan jihad. Tapi, sahabat yang banyak meriwayatkan hadits ini memohon ampun pada Allah karena kekhilafannya. Walaupun, ampunan itu mesti ia tebus dengan dikucilkan kaum muslimin selama empat puluh hari.