Monday, January 30, 2012

Pengakhiran Itu Permulaan Perjalanan

Bismillahirrohmanirrohim...



Husnul khotimah, pengakhiran yang baik memberi signal awal kepada kita tentang kebahagiaan kehidupan di HARI KEMUDIAN. Wawasan kita bukannya wawasan dunia. Wawasan kita adalah wawasan akhirat. [Insyaallah] Permulaan kehidupan akhirat baik sekiranya pengakhiran kehidupan dunia kita baik. Tapi, adakah kita yakin sekarang kita menuju kepada pengakhiran yang baik? Bolehkah kita jamin, walaupun tanpa permulaan yang baik,  pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik?
————————————————————————————————————————

Assalamualaikum warahmatullah.

Syukur hanya pada Allah swt.
Antara husnul qadimah (permulaan yang baik) dan husnul khotimah (pengakhiran yang baik), anda pilih yang mana?

Husnul qadimah, permulaan yang baik memberi keyakinan kepada kita untuk terus bergerak ke hadapan. Permulaan yang baik menjadi momentum untuk kita tingkatkan prestasi kebaikan kehidupan kita. Tapi permulaan yang baik, tidak memberi jaminan, sama ada pengakhiran kita juga pengakhiran yang baik.
Kerana ini kuasa Allah, Tuhan yang Maha Merancang. Kita hanya hamba, tidak mampu dan tidak layak kita menentukan.

Husnul khotimah, pengakhiran yang baik memberi signal awal kepada kita tentang kebahagiaan kehidupan di HARI KEMUDIAN. Wawasan kita bukannya wawasan dunia. Wawasan kita adalah wawasan akhirat. [Insyaallah] Permulaan kehidupan akhirat baik sekiranya pengakhiran kehidupan dunia kita baik. Tapi, adakah kita yakin sekarang kita menuju kepada pengakhiran yang baik? Bolehkah kita jamin, walaupun tanpa permulaan yang baik,  pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik?
Kita tahu, permulaan yang baik tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang baik. Permulaan yang buruk tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. Jadi, mengapa tidak kita pilih keduanya. Husnul qadimah dan husnul khotimah.

Antara permulaan dan pengakhiran itu ada jalan yang perlu kita lalui. Perjalanan itulah yang perlu kita urus dan jaga. Permulaan yang baik memandu kita untuk berada di atas jalan yang baik. Apabila kita berada di atas jalan yang benar dan baik, pasti kita akan sentiasa mengharap dan menuju kepada pengakhiran yang baik.

Kita pernah dengar kisah seorang yang alim tetapi akhirnya tewas dengan hasutan syaitan. Dia minum arak, berzina dan membunuh. Kita juga pernah dengar kisah seorang pelacur yang diampunkan Allah akan segala dosanya hanya kerana dia memberikan air kepada seekor anjing.
Kisah diatas mengajar kita, Allah mengangkat darjat seseorang hambanya bukanlah bergantung kepada permulaan yang baik dalam kehidupannya, tetapi kebaikan yang dilakukan semasa perjalanan kehidupannya.




Jika anda telah melalui permulaan yang baik , teruskanlah momentum permulaan yang baik itu, walaupun di mana sahaja anda berada. Teruslah beristiqamah. Perjuangan Islam bukan perjuangan yang terbatas di mana-mana, tidak terbatas hanya ketika belajar, tidak terbatas hanya ketika sebelum berumah tangga, tidak terbatas hanya ketika kita menjadi AJK persatuan agama, tidak terbatas selagi kita di dunia. Kita berhenti rehat hanya selepas ruh kita berpisah dengan jasad.

Marilah kita cari permulaan yang baik dengan bersama perjuangan Islam. Kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Kalaulah permulaan yang baik pun belum menjamin pengakhiran yang baik, apatah lagi permulaan yang buruk. Perjalanan yang perlu kita jaga dan urus ini penuh dengan mehnah dan tribulasi. Hiasilah perjalanan kita di sini dengan amal islami – amal fardhi, ijtimaie dan jamaie.
Ayuh kita ikhlaskan hati kerana Allah, kita memohon taubat kepada Allah, kita kuatkan ukhwah antara kita, kita tingkatkan kefahaman akidah dan perjuangan kita.
Ayuh kita sahut seruan ayat di bawah
….dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa …
[al-maidah:2]
Wallahu alam.


SUMBER: SINI

Saturday, January 28, 2012

Kisah Dua Orang Sahabat dan Pohon Kurma

Bismillahirrohmanirrohim...

Sifat atau watak seorang kawan terhadap kawannya



Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan seribu satu kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka. Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan dan iblis. Mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.
Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran.

Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.
“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,” kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!” Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,” maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.
“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.

SUMBER: SINI

p/s:  Kadang-kadang kita sendiri tetipu dengan kalimah Ukhuwwah Fillah... Moga kita mampu menjadi sahabt yang soleh / solehah buat sahabat kita.. Jom kita perbetul diri...

Friday, January 27, 2012

5 Tips Memilih Teman Baik

Bismillahirrohmanirrohim..
 
 
           
Gambar Hiasan
 
"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ye? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.
Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
              Maka, 
Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.
              Nak cari di mana?
Hmm, memang susah nak cari. 
Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.
Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
              Bagaimana menghargai?
Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'. 
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?
              Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.
              Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:
1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5.      Orang yang benar perkataannya:  Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia. 
 
SUMBER: SINI

Wednesday, January 25, 2012

Logo Lujnah

Bismillahirrohanirrohim...

Dalam kelapangan masa yang ada, saya telah mencuba satu software untuk mencipta logo Lujnah Tarbiah... Disini saya uploadkan cubaan tersebut... Segala kritikan anda semua amat saya hargai...


 Format video



Format gambar




p/s: Ini hanya sekadar percubaan... Software yg digunakan pun, still trial verson(x jumpa key lagi).. Sebab tu ada cop trial kat blakang video/gambar tu... Harap maaf, jika kualiti kurang memberansangkan... 

Tuesday, January 24, 2012

Palestine

Mulakan dengan bismillah...





 


 


SUMBER: SINI