Sunday, July 17, 2011

iMan PenyUbur KEHIDUPAN

Iman merupakan nikmat Allah Taala yang tidak ternilai dalam kehidupan manusia. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah Taala akan ditentukan oleh tahap keimanan yang ada dalam diri seseorang. Sesiapa yang paling tinggi dan sempurna Imannya, maka dia yang paling mulia di sisi Allah Taala.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) al Hujurat (49:13)
Iman merupakan pegangan atau kepercayaan dan keyakinan di dalam hati yang tidak berbelah bagi terhadap Allah Taala serta tidak mengandungi sedikit pun perasaan syak dan ragu-ragu.
Ketakwaan dan keyakinan yang teguh akan memberi kesan yang positif bagi kehidupan manusia terutama dalam soal beribadat, mengawal tingkah laku, hubungan pergaulan sesama manusia dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebagai ukuran sama ada kita benar-benar beriman atau sebaliknya.
IMAN PENYULUH AKHLAK PERIBADI
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah al Anfal (8:2)
Berdasarkan ayat di atas mulai dari ayat dua hingga empat, terdapat lima kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap bebar-benar beriman kepada Allah Taala iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati-hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah semakin bertambah Iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah Taala pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah Taala.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah Taala maka dibelanjakan ke jalan yang diredhai Allah Taala.

0 comments: