Wednesday, July 27, 2011

Semarak RaMaDhaN

RamAdHaN dAtAng LaGi..
Jangan Lupa Kita Mengimarahkan lagi Surau al-Hidayah IPG Kampus Ipoh
Datang Beramai-ramai
Kedatangan Antum Menyerikan Lgi Majlis
Moga Ramadhan Kali Ini Lebih Bermakna Dari Yang Sebelumnya..

Sunday, July 17, 2011

iMan PenyUbur KEHIDUPAN

Iman merupakan nikmat Allah Taala yang tidak ternilai dalam kehidupan manusia. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah Taala akan ditentukan oleh tahap keimanan yang ada dalam diri seseorang. Sesiapa yang paling tinggi dan sempurna Imannya, maka dia yang paling mulia di sisi Allah Taala.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) al Hujurat (49:13)
Iman merupakan pegangan atau kepercayaan dan keyakinan di dalam hati yang tidak berbelah bagi terhadap Allah Taala serta tidak mengandungi sedikit pun perasaan syak dan ragu-ragu.
Ketakwaan dan keyakinan yang teguh akan memberi kesan yang positif bagi kehidupan manusia terutama dalam soal beribadat, mengawal tingkah laku, hubungan pergaulan sesama manusia dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebagai ukuran sama ada kita benar-benar beriman atau sebaliknya.
IMAN PENYULUH AKHLAK PERIBADI
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah al Anfal (8:2)
Berdasarkan ayat di atas mulai dari ayat dua hingga empat, terdapat lima kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap bebar-benar beriman kepada Allah Taala iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati-hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah semakin bertambah Iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah Taala pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah Taala.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah Taala maka dibelanjakan ke jalan yang diredhai Allah Taala.

Tuesday, July 12, 2011

iMAn MaNUsIA Vs iMaN sEmUt

IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,
lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!.Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.
Itulah iman semut………!!!

IMAN MANUSIA..

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nankir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.
Jawab Imam Suffian:“Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali: “ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA”. “ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA”. “ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN”. “HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”.
Mencari keredhaan Allah itu lebih utama dari memenangi hati pemimpin dan menggembirakan orang-orang munafik.
“Seseorang yang tidak ada sebahagian Al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggal kosong”

Thursday, July 07, 2011

Konsep Tawakal



[HI085.JPG]


" Barangsiapa yang bertawakal, maka dia tidak akan lapar seperti burung..."


Kenapa dengan burung? Apa ia buat? Hidupnya bukan duduk di sangkar sahaja, maka dia telah kenyang. Tapi, ia terbang pagi-pagi mencari makanan dan pulang dengan perut yang kenyang pada waktu petang.


Apa kaitan dengan tawakal ye? Tawakal bermaksud berserah kepada Allah hanya selepas berusaha...Duduk diam diri, berdoa dan hanya beribadat tanpa berusaha dan mengharap sesuatu datang bergolek bukanlah tawakal. Seperti burung, ia terbang berusaha mencari rezeki pada setiap hari dan berserah kepada Penciptanya.

Renungan bersama..




D.U.I.T : dOA+USAhA+IKHtIaR+tAWaKAL

Tuesday, July 05, 2011

Kata-Kata Ulama Dr. Yusuf Qardawi

sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya,

 kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, 

sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, 

kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. 

Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.