Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t.. sempena "study week" pada minggu ini,Lujnah Tarbiah bersama Biro Agama dan Moral JPP mengadakan Solat Hajat dan Ceramah Motivasi sempena peperiksaan yang bakal ditempuhi oleh siswa & siswi IPG Ipoh.
Ayuh,jangan lepaskan peluang mengambil input dan tips berguna untuk menghadapi peperiksaan. Pastinya membantu memotivasikan kita untuk lebih bersemangat mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, saban tahun setiap kali tibanya musim peperiksaan jemaah di Pusat Islam semakin berkurangan alasanya mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran.Cuba kita fikir sejenak,adakah alasan ini yang bakal kita bawa ketika disoal oleh Allah? mampukah kita menjawab sedemikian rupa? Lupakah kita,saat kita ditimpa kesusahan Allah permudahkan urusan kita,Allah s.w.t. membuka jalan mudah untuk kita lalui..
Sahabat-sahabat,lupakah kita..bahawa selama ini nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita terlalu banyak nikmat sihat,nikmat masa lapang..nikmat mempunyai sahabat-sahabat ,nikmat kemewahan elaun yang diterima..itu semua adalah nikmat yang kita terima secara percuma..nikmat ini tidak terhitung jumlahnya..dari sel-sel yang hidup dalam tubuh kita,sehinggalah sistem-sistem yang berkerja dalam badan kita..semuanya kita rasai tanpa perlu dibayar dan diganti dengan apa-apa..
Namun,apabila Allah s.w.t hendakkan kita tunduk dan patuh pada perintahnya,seribu alasan kita bina untuk melepaskan diri dari bebuat apa yang sepatutnya.Malulah sahabat..malulah..malulah pada Tuhan yang seringkali melimpahkan nikmat dan karuniaNYA kepada kita,sedang hamba-hambaNya mengingkari perintah dan suruhanNYA..masyaallah.Berdosanya kita..
Sempena peperiksaan yang bakal menjelma,
Lujnah Tarbiyah mengucapkan
"SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN"
dan
semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang!!
Salam Mujahadah,
Salam Imtihan,
Moga Najjah,
menjadi keputusan..
0 comments:
Post a Comment