Monday, January 03, 2011

The Point Of View Of Mutarabbi

Bismillahirrohmanirrahim....

Curi-curi masa menulis sebelum berangkat untuk berjihad di medan dakwah..
Salam

Ini adalah sejenis curhat.

Kita sudah faham dan menerima wajib dakwah. Kita sudah mula mengorak langkah. Kita bersemangat waja hendak mengajak manusia kembali kepada Allah dan islam. Maka kita mula bergerak dan berlari. Kita memikirkan, bagaimana cara terbaik untuk mendekati mansuia dan mengubah mereka? Kadang-kadang kita rasa kecewa bila kita sudah berusaha tapi x berjaya. Maka kita menasihati sesama kita, supaya jangan berhenti sebelum mati, jangan menyerah sebelum kalah. Mesti terus push diri kita, berjuang sampai tak larat. Kita juga menasihatkan, supaya sentiasa koreksi diri, mungkin silapnya ada pada kita, yang belum bersih dari dosa. Atau masih bergelumang dengan jahiliyah, sehingga yang melihat merasa resah. Atau langkah kita sendiri longgar dan kata-kata kita tidak menembusi hati, kerana kata-kata itu keluar dari hati yang mati.

Kita boleh bermuhasabah dari bermacam sudut, dan hakikatnya jawapan memang bukan hanya ada satu.

Kadang-kadang kita lupa melihat satu sudut yang memberikan sumber jawapan yang besar.

Iaitu diri kita sendiri.

Iaitu sudut pandang seorang mutarabbi, dan bukannya sudut pandang sebagai seorang murabbi.

Maka ini adalah luahan hati yang ikhlas dari seorang mutarabbi: harapanku, impianku, angan-anganku, dalam meraih keberkatan tarbiyyah. Sebagai perinagtan buat diri agar melangkah lebih kemas dan gagah.

Apa yang ku harapkan dari seorang murabbi?

Hanyalah supaya menerima diri ini seadanya.
Kita semua adalah mangsa keadaan, dipisahkan dari Allah dan Al-Quran sehingga yang tersisa hanyalah kalimat2 yang dianggap suci dan disusun kemas di rak (Al-Quran). Kita semua bermula dengan belenggu-belenggu jahiliyah yang membelit diri dari semua sudut yang dapat kita fikiri. Ada yang jahiliyahnya begitu tebal dan tidak dapat kita percayai. Tapi ya, siapa yang bermula dengan langkah yang sempurna? Maka sebagai seorang mutarabbi, saya menyerahkan diri saya yang serba cacat, hina-dina, penuh dengan palitan dosa dan jahiliyah, baik luaran mahupun dalaman, kepada tarbiyyah sepenuhnya dan seluruhnya untuk diperbaiki! Maka terimalah saya seadanya!

Janganlah memincingkan mata apabila melihat keburukan diri saya, mungkin saya sendiri tak pernah tahu itu adalah keburukan. Janganglah memandang dengan sinis pakaian saya yang tidak sempurna, mungkin saya belum mengerti sepenuhnya. Janganlah asyik menidakkan kata-kata saya walaupun ia salah kerana mungkin saya belum dapat menerima apa yang benar.
janganlah membanding-beza saya dengan siapa pun, sungguh langkah bermula kita semua tidak sama.

tarbiyyah bukan untuk orang-orang yang sudah baik, tetapi untuk membaikkan semua orang. Maka layanlah saya sepertimana anda melayan orang-orang yang anda senangi, walaupun perangai dan sikap saya memualkan kamu. Kadang-kadang saya kecil hati juga apabila melihat murabbi yang bersikap lebih ‘mesra’ dan ‘ramah’ dengan orang-orang yang baik berbanding dengan orang-orang yang seperti saya, yang bermula dengan langkah yang caca-merba. Saya sedar siapa diri saya, tapi bukankah saya juga mutarabbi mu yang hanya mengharap agar tarbiyyah ini akan menyelamatkan saya?

Tolonglah beri kan saya sokongan dan dorongan, bukan kata-kata yang menghiris atau menghancurkan hati, terutama ketika diri masih sedang mencari.
Ya benar, matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam gerak kerja kita, kita harus sentiasa berhati-hati dengan langkah agar tidak tersasar dari garisan tarbiyyah dan segala yang dituntutnya. Kita mahu kekemasan dalam tarbiyyah kita, maka kita harus meminta izin, harus sentiasa memaklumi, harus sentiasa syura, harus sentiasa melaporkan, tetapi kita hanya lah manusia, pulak tu yang bermula dengan segala kehinaan. Kadang-kadang bukan tidak mahu mentaati, tetapi gelora dalam jiwa lebih dahulu menempati hati. Hingga hilanglah segala konsep yang kita sepakati. Dan pada waktu2 begini, sebagai seorang mutarabbi, saya amat-amat mengharapkan murabbi nya orang yang paling dahulu memahami, bukan yang pertama-tama menghakimi.

Ada waktu-waktunya kita harus melepaskan kekerasan undang-undang demi sebuah kemanusiaan. Dan apabila seorang murabbi menghargai nilai ini, anda lah orang yang paling saya cintai. yang menghargai bahawa betapa lama pun mutarabbi nya sudah bertapak di atas tarbiyyah ini, dia tetap satu jiwa yang lemah dan ada masanya dia tewas kepada hambatan-hambatan jiwa dan perasaan. Saya mengharapkan agar murabbi saya bertindak mengikut kesesuaian, bukan keperluan semata-mata.Memberikan yang terbaik pada saat yang paling kritikal.

Berilah saya kesungguhanmu!
Pimpinlah saya, dengan sepenuh jiwa dan diri mu! Ya saya tahu anda punya begitu banyak tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan, tetapi bukankah saya juga adalah satu tuntutan kepada dirimu? Bukankah saya juga adalah sebauh amanah yang harus kamu pikul dan pertanggungjawabkan? Di mana kah saya di hati kamu? Adakah hanya seorang insan yang kamu temui seminggu sekali dan tidak lebih dari itu? Apakah saya hanya seorang lagi manusia yang hadir dalam hidup kamu bila saya menjelma di depan mata kamu dan lenyap bila hilang dari pandangan? Sebanayk mana cinta kamu kepada saya di dalam diri kamu?
Dengarilah luahan hati ini seikhlasnya walau pun kamu tidak setuju. Biarkan lah saya menghabiskan kata-kata saya biarpun kamu tahu saya sudah jauh tersasar.
Sesungguhnya, kesungguhan, kesabaran, kegigihan, dan kasih sayang kamu lah yang akan menyentuh hati saya. Bukan setakat ilmu yang kamu taburi.

Cukuplah setakat ini curhat dari seorang insan yang bergelar mutarabbi.

Allahua’lam…..

SUMBER

1 comments:

Dx said...

salam.......
menjadi dai'e wajib dimulakan dengan mentarbiah diri, dengan menerima tarbiah, menghargai dan melaksanakan dengan faham ( a'-fahmu )....