Monday, January 31, 2011

Dia Kekasih Allah

Di sini ada satu cerita.
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.

"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"

Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."




Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.

Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.

Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.

Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.

Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.


"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."

Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu?





Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah










Monday, January 10, 2011

Bersabarlah dalam Berjuang

“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman diri-diri mereka dan harga mereka dengan (bayaran) bagi mereka syurga, (dengan syarat) mereka berperang pada jalan Allah, mereka membunuh dan di bunuh…..:) Surah At-Taubah ayat 111.

Kadang-kdang kita berputus harap, bilalah Islam nak menang ni, namun sejarah telah mengajar kita tentang peristiwa sahabat nabi, Habbab. Habbab adalah sahabat nabi yang begitu teruk diseksa, Habbab diseksa dengan dibaringkannya ke dalam bara api sehingga bara api itu padam oleh sebab darah dan lemak-lemak di badan Habbab. Begitu kuat seksaan yang alami oleh sahabat-sahabat terdahulu.

Satu hari Habbab dipanggil Rasulullah, "Aku dengar kamu teruk diseksa?". tanya nabi kepada Habbab. "Ya, Ya Rasulullah, aku dibaringkan ke atas bara api sehinggakan bara-bara api itu padam kerana darah dan lemak-lemak dari badanku. Selepas itu nabi menyuruh Habbab membuka bajunya untuk melihat parut-parut di belakang Habbab.

Peristiwa ini membuatkan nabi menangis setelah melihat parut-parut di belakang Habbab. Peristiwa yang janggal berlaku kepada nabi. Nabi tidak pernah menangis bila mendengar sahabat-sahabat diseksa hatta Bilal bin Rabah, keluarga Amar bin Yasir dan sahabat-sahabat lain yang diseksa, nabi hanya berpesan, "bersabarlah, sesungguhnya syurga dihadapanmu".

Seorang sahabat yang paling teruk diseksa ini bertemu nabi di suatu hari, sedang nabi mengiring meletakkan serban dibawah kepala di Masjidil Haram, tiba-tiba Habbab datang menemuinya, terus disapa olehnya akan nabi, "Ya Rasulullah, kamu masih mengiring sebegini, sedangkan ramai di antara sahabat-sahabatmu diseksa dalam memperjuangkan agama Allah, tidakkah kamu boleh mendoakan kepada Allah agar kita diberi kemenangan?

Muka nabi menjadi merah padam, dan lantas baginda mengatakan kepada Habbab, "Sesungguhnya kamu seorang yang gopoh".

Peristiwa ini menjelaskan bahawa, perjuangan Islam bukan semata-mata untuk kemenangan, perjuangan Islam adalah suatu tarbiyyah oleh Allah. Allah mempunyai masa Dia tertentu untuk memenangkan agamanya. Seorang pejuang agama Allah tidak seharusnya gopoh dalam melakukan sesuatu tindakan, kesabaran amat penting dalam perjuangan.

Melihat kepada sejarah orang-orang dulu seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang begitu tabah berbasikal sejauh berpuluh-puluh kilometer semata-mata memenuhi tuntutan berceramah, namun hanya 2 orang sahaja yang hadir dalam ceramah tersebut, namun semangat yang ditunjukkan oleh beliau amat dikagumi oleh kita semua. Jika mahu dibandingkan dengan kita, apa sumbangan kita kepada Jamaah, berapa lama kita berjuang dalam agama Allah sehinggakan kita mahu menuntut kemenagan itu dengan jalan ringkas
syahid Sheikh Ahmad Yassin pemimpin Hamas yang telah mati syahid walaupun buta sebelah matanya akibat kecedaraan masa remajanya dan disiksa di dalam penjara sehingga menyebabkan badannya lumpuh, tangannya tidak boleh menulis dan kata-kata sudah tidak kuat, sudah tidak boleh mengegarkan pentas-pentas pidatonya/ceramahnya seperti zaman muda tetapi pihak musuh tetap takut dan gerun dengannya

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.


Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.Saksikanlah jasad syahid Sheikh Ahmad Yassin:



“ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya

“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman diri-diri mereka dan harga mereka dengan (bayaran) bagi mereka syurga, (dengan syarat) mereka berperang pada jalan Allah, mereka membunuh dan di bunuh…..:) Surah At-Taubah ayat 111.


Beliau telah syahid, bagaimana kita?


baca lanjut syeikh yasin:
http://destinasimu.blogspot.com/2009/03/as-syahid-sheikh-ahmad-yasinjasadmu.html

http://ibumithali.com/tag/sheikh-ahmad-yasin/

Monday, January 03, 2011

The Point Of View Of Mutarabbi

Bismillahirrohmanirrahim....

Curi-curi masa menulis sebelum berangkat untuk berjihad di medan dakwah..
Salam

Ini adalah sejenis curhat.

Kita sudah faham dan menerima wajib dakwah. Kita sudah mula mengorak langkah. Kita bersemangat waja hendak mengajak manusia kembali kepada Allah dan islam. Maka kita mula bergerak dan berlari. Kita memikirkan, bagaimana cara terbaik untuk mendekati mansuia dan mengubah mereka? Kadang-kadang kita rasa kecewa bila kita sudah berusaha tapi x berjaya. Maka kita menasihati sesama kita, supaya jangan berhenti sebelum mati, jangan menyerah sebelum kalah. Mesti terus push diri kita, berjuang sampai tak larat. Kita juga menasihatkan, supaya sentiasa koreksi diri, mungkin silapnya ada pada kita, yang belum bersih dari dosa. Atau masih bergelumang dengan jahiliyah, sehingga yang melihat merasa resah. Atau langkah kita sendiri longgar dan kata-kata kita tidak menembusi hati, kerana kata-kata itu keluar dari hati yang mati.

Kita boleh bermuhasabah dari bermacam sudut, dan hakikatnya jawapan memang bukan hanya ada satu.

Kadang-kadang kita lupa melihat satu sudut yang memberikan sumber jawapan yang besar.

Iaitu diri kita sendiri.

Iaitu sudut pandang seorang mutarabbi, dan bukannya sudut pandang sebagai seorang murabbi.

Maka ini adalah luahan hati yang ikhlas dari seorang mutarabbi: harapanku, impianku, angan-anganku, dalam meraih keberkatan tarbiyyah. Sebagai perinagtan buat diri agar melangkah lebih kemas dan gagah.

Apa yang ku harapkan dari seorang murabbi?

Hanyalah supaya menerima diri ini seadanya.
Kita semua adalah mangsa keadaan, dipisahkan dari Allah dan Al-Quran sehingga yang tersisa hanyalah kalimat2 yang dianggap suci dan disusun kemas di rak (Al-Quran). Kita semua bermula dengan belenggu-belenggu jahiliyah yang membelit diri dari semua sudut yang dapat kita fikiri. Ada yang jahiliyahnya begitu tebal dan tidak dapat kita percayai. Tapi ya, siapa yang bermula dengan langkah yang sempurna? Maka sebagai seorang mutarabbi, saya menyerahkan diri saya yang serba cacat, hina-dina, penuh dengan palitan dosa dan jahiliyah, baik luaran mahupun dalaman, kepada tarbiyyah sepenuhnya dan seluruhnya untuk diperbaiki! Maka terimalah saya seadanya!

Janganlah memincingkan mata apabila melihat keburukan diri saya, mungkin saya sendiri tak pernah tahu itu adalah keburukan. Janganglah memandang dengan sinis pakaian saya yang tidak sempurna, mungkin saya belum mengerti sepenuhnya. Janganlah asyik menidakkan kata-kata saya walaupun ia salah kerana mungkin saya belum dapat menerima apa yang benar.
janganlah membanding-beza saya dengan siapa pun, sungguh langkah bermula kita semua tidak sama.

tarbiyyah bukan untuk orang-orang yang sudah baik, tetapi untuk membaikkan semua orang. Maka layanlah saya sepertimana anda melayan orang-orang yang anda senangi, walaupun perangai dan sikap saya memualkan kamu. Kadang-kadang saya kecil hati juga apabila melihat murabbi yang bersikap lebih ‘mesra’ dan ‘ramah’ dengan orang-orang yang baik berbanding dengan orang-orang yang seperti saya, yang bermula dengan langkah yang caca-merba. Saya sedar siapa diri saya, tapi bukankah saya juga mutarabbi mu yang hanya mengharap agar tarbiyyah ini akan menyelamatkan saya?

Tolonglah beri kan saya sokongan dan dorongan, bukan kata-kata yang menghiris atau menghancurkan hati, terutama ketika diri masih sedang mencari.
Ya benar, matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam gerak kerja kita, kita harus sentiasa berhati-hati dengan langkah agar tidak tersasar dari garisan tarbiyyah dan segala yang dituntutnya. Kita mahu kekemasan dalam tarbiyyah kita, maka kita harus meminta izin, harus sentiasa memaklumi, harus sentiasa syura, harus sentiasa melaporkan, tetapi kita hanya lah manusia, pulak tu yang bermula dengan segala kehinaan. Kadang-kadang bukan tidak mahu mentaati, tetapi gelora dalam jiwa lebih dahulu menempati hati. Hingga hilanglah segala konsep yang kita sepakati. Dan pada waktu2 begini, sebagai seorang mutarabbi, saya amat-amat mengharapkan murabbi nya orang yang paling dahulu memahami, bukan yang pertama-tama menghakimi.

Ada waktu-waktunya kita harus melepaskan kekerasan undang-undang demi sebuah kemanusiaan. Dan apabila seorang murabbi menghargai nilai ini, anda lah orang yang paling saya cintai. yang menghargai bahawa betapa lama pun mutarabbi nya sudah bertapak di atas tarbiyyah ini, dia tetap satu jiwa yang lemah dan ada masanya dia tewas kepada hambatan-hambatan jiwa dan perasaan. Saya mengharapkan agar murabbi saya bertindak mengikut kesesuaian, bukan keperluan semata-mata.Memberikan yang terbaik pada saat yang paling kritikal.

Berilah saya kesungguhanmu!
Pimpinlah saya, dengan sepenuh jiwa dan diri mu! Ya saya tahu anda punya begitu banyak tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan, tetapi bukankah saya juga adalah satu tuntutan kepada dirimu? Bukankah saya juga adalah sebauh amanah yang harus kamu pikul dan pertanggungjawabkan? Di mana kah saya di hati kamu? Adakah hanya seorang insan yang kamu temui seminggu sekali dan tidak lebih dari itu? Apakah saya hanya seorang lagi manusia yang hadir dalam hidup kamu bila saya menjelma di depan mata kamu dan lenyap bila hilang dari pandangan? Sebanayk mana cinta kamu kepada saya di dalam diri kamu?
Dengarilah luahan hati ini seikhlasnya walau pun kamu tidak setuju. Biarkan lah saya menghabiskan kata-kata saya biarpun kamu tahu saya sudah jauh tersasar.
Sesungguhnya, kesungguhan, kesabaran, kegigihan, dan kasih sayang kamu lah yang akan menyentuh hati saya. Bukan setakat ilmu yang kamu taburi.

Cukuplah setakat ini curhat dari seorang insan yang bergelar mutarabbi.

Allahua’lam…..

SUMBER