Monday, October 25, 2010

KEMBALI KEPADA ASAL

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada rabbul izzati atas segala nikmatnya.. syukur kerana diri ini masih lagi berikan kekuatan untuk menulis secebis catatan buat renungan bersama yang lahirnya dariNya...

Kembali kepada asal...

Begitulah apa yang akan ana bincangkan disini... mari kita hayati bersama...menelosori rentetan-rentetan dan cebisan-cebisan kehidupan di atas dunia...

Siapa yang tidak tenang, apabila tiba saatnya pulang ke kampung halaman... bertemu ayahanda dan bonda tercinta, berjumpa kekanda dan adinda tersayang... kerana apa?? kerana kita kembali kepada asal... tempat kita dilahirkan...

Siapa yang tidak tenang melihat hijaunya alam yang terbentang luas... mendengar kicauan unggas di hutan... mendengar desiran ombak yang menghempas pantai... mendengar aliran sungai yang mengalir... mendengar deruan angin yang bertiup menghiasi alam pawana... Jika kita yang tinggal dibandar atau pekan yang sesak dengan bangunan-bangunan konkrit, pasti akan mencari sedikit masa untuk keluar ke mencari tempat yang bisa menenangkan hati yang gelisah, menyusun kembali minda yang bercelaru...Kita keluar mencari hijaunya alam...menikmati secebis nikmat kurniannya yang terbentang luas...

kerana apa??? kerana kita kembali kepada asal...

bagaimana???

Allah subhanahuwata`ala ada berfirman yang bermaksud,dengan mengingati allah, hati akan menjadi tenang.....

Apa kaitannya???

zikir itu ubat penenang bagi jiwa yang resah, gelisah...

Setiap makhluk ciptaan Allah seperti haiwan dan tumbuhan sentiasa berzikir memuji Allah... setiap masa, saban ketika...MasyaAllah...patutlah jiwa tenang tatkala menatap hijaunya alam,mendengar aliran sungai yang mengalir kerana itu adalah zikir...bunyi cengkerik ditengah malam itu zikir, bunyi desiran ombak itu zikir,bunyi angin yang bertiup itu zikir...cuma caranya sahaja yang berbeza...tetpi itulah kebesaran Allah...walaupun akal tidak memahaminya, namun roh yang asalnya dekat kepada Allah, dan tenang dengan zikrullah, mentafsirkannya dengan tepat dan indah...tidak kiralah manusia itu atheis, buddha, christian atau beragama apa sekalipun, mereka pasti tenang melihat dan mendengar semua itu...kerana walaupun akal meyakini perkara yang berbeza, tetapi roh itu bahsanya satu dan esa, memahami zikrullah penenang jiwa...

Ya Allah,
Kembalikan aku pada asalku...
kerana,
kepadamu jua akan aku dikembalikan...








Rujukan : bercinta sampai kesyurga- saiful islam...

p/s: semoga bermanfaat...

0 comments: