Tuesday, January 26, 2010

Gotong-royong Santai

Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Pada pagi ahad, bersamaan dengan 24 Januari 2010, lujnah tarbiah telah mengadakan program ‘Gotong-royong Santai’ yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan ahli-ahli lujnah tarbiah..


Masa : 8.15 pagi-10.15 pagi
Tempat: Pusat Islam al-Hidayah
Catatan: 8 orang hadir bersama pemantau


Program tersebut dimulakan dengan membuat liqa’ dan kata-kata aluan daripada ketua lujnah tarbiah, akhi Rafizi. Selepas itu, ahli-ahli lujnah bersarapan bersama-sama dalam talam...bacaan doa oleh akhi Nizam..( dalam hendak bersarapan, akhi Rafizi menekankan bahwa suapan pertama setiap ahli hendaklah diberikan pada sahabat...)(^_^)


Kemudian program diteruskan lagi dengan sesi mengemas surau al-Hidayah. Ahli-ahli lujnah dibahagikan kepada 2 iaitu muslimin mengemas tempat muslimin dan muslimat mengemaskan tempat muslimat...



































Keadaan surau selepas dikemas....




Setiap ahli bertungkus-lumus dalam mengemaskan rumah yang paling dicintai iaitu rumah ALLAH S.W.T...masing2 tidak mengenal penat lelah demi mendapat keredhaan dari-NYA...


Akhirnya tibalah di penghujung program...(T_T)(masing2 rasa sedih....) Walaubagaimanapun, Alhamdulillah.... syukur pada ALLAH S.W.T, prpgram Gotong-royong santai lujnah tarbiah ini berjalan dengan lancar dan objektifnya tercapai....


Sebelum bersurai, Ketua Lujnah membuat ‘round table’ bagi setiap ahli mengekspreskan diri masing-masing...Di samping itu, pemantau lujnah tarbiah, akhi Ehsan menasihatkan agar setiap ahli untuk cuba menjadi ‘inventor dakwah’ agar amalan setiap ahli boleh sentiasa di’update’ ..

Insya’ALLAH, program-program seperti ini akan dijalankan lagi bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli lujnah....

Sesungguhnya ALLAH S.W.T sangat menyukai amalan ini dimana Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Sesungguhnya akar tunjang yang kukuh sekali ialah kamu mencintai (seseorang) kerana Allah dan membencinya kerana Allah juga”

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Al-Bara bin Azibr.anhuma.

2 comments:

Dx said...
This comment has been removed by the author.
Dx said...

mentarbiah disamping di tarbiah