Tuesday, July 12, 2011

iMAn MaNUsIA Vs iMaN sEmUt

IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,
lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!.Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.
Itulah iman semut………!!!

IMAN MANUSIA..

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nankir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.
Jawab Imam Suffian:“Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali: “ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA”. “ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA”. “ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN”. “HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”.
Mencari keredhaan Allah itu lebih utama dari memenangi hati pemimpin dan menggembirakan orang-orang munafik.
“Seseorang yang tidak ada sebahagian Al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggal kosong”

Thursday, July 07, 2011

Konsep Tawakal



[HI085.JPG]


" Barangsiapa yang bertawakal, maka dia tidak akan lapar seperti burung..."


Kenapa dengan burung? Apa ia buat? Hidupnya bukan duduk di sangkar sahaja, maka dia telah kenyang. Tapi, ia terbang pagi-pagi mencari makanan dan pulang dengan perut yang kenyang pada waktu petang.


Apa kaitan dengan tawakal ye? Tawakal bermaksud berserah kepada Allah hanya selepas berusaha...Duduk diam diri, berdoa dan hanya beribadat tanpa berusaha dan mengharap sesuatu datang bergolek bukanlah tawakal. Seperti burung, ia terbang berusaha mencari rezeki pada setiap hari dan berserah kepada Penciptanya.

Renungan bersama..




D.U.I.T : dOA+USAhA+IKHtIaR+tAWaKAL

Tuesday, July 05, 2011

Kata-Kata Ulama Dr. Yusuf Qardawi

sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya,

 kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, 

sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, 

kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. 

Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.

Monday, June 27, 2011

IDT : Forum Perbandingan Agama



Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam dan Moral dibantu oleh Biro Kerohanian dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh akan menganjurkan Forum Perbandingan Agama. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 & 3 Julai 2011
Tempat: IPG Kampus Ipoh
Yuran Pendaftaran: RM10

Orang ramai dijemput hadir. Bersama-sama kita menambah ilmu dan pengetahuan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini...

Dari Mu’awiyah berkata : “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Wahai manusia ! Sesungguhnya (untuk mendapatkan) ilmu adalah dengan belajar, dan (untuk mendapatkan) kefahaman adalah dengan berusaha untuk paham. Dan barangsiapa yang Allah menghendaki baik kepadanya, maka Allah akan menjadikannya paham dalam masalah agama. Dan sesungguhnya yang bisa takut kepada Allah, dari (semua golongan) hamba-Nya adalah para ulama’ !” (HR Thabrani)

Tuesday, June 21, 2011

DAKWAH BUKAN UNTUK ORANG YANG MANJA

Ana ada terbaca ni. Nak kongsi la dengan semua..



DAKWAH BUKAN UNTUK ORANG YANG MANJA..~

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari,
lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti
yang senang dan mudah join,
yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk
mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-Yang cepat mengalah,
-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini,
-yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat,
terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang aircond dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


"TARBIYYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA,
TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYYAH"


Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
DAKWAH AKAN TERUS BERJALAN
ISLAM AKAN TETAP BERJAYA
UMMAH AKAN TETAP TERPELIHARA..

Cuma tanpa pencerahan,
TANPA TARBIYYAH, TANPA DAKWAH
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri,
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dariNya”

~Allah pasti beri kemenangan kepada Islam semudah Allah turunkan hujan daripada langit...~(Syed Qutb)