Monday, January 03, 2011
The Point Of View Of Mutarabbi
Curi-curi masa menulis sebelum berangkat untuk berjihad di medan dakwah..
Salam
Ini adalah sejenis curhat.
Kita sudah faham dan menerima wajib dakwah. Kita sudah mula mengorak langkah. Kita bersemangat waja hendak mengajak manusia kembali kepada Allah dan islam. Maka kita mula bergerak dan berlari. Kita memikirkan, bagaimana cara terbaik untuk mendekati mansuia dan mengubah mereka? Kadang-kadang kita rasa kecewa bila kita sudah berusaha tapi x berjaya. Maka kita menasihati sesama kita, supaya jangan berhenti sebelum mati, jangan menyerah sebelum kalah. Mesti terus push diri kita, berjuang sampai tak larat. Kita juga menasihatkan, supaya sentiasa koreksi diri, mungkin silapnya ada pada kita, yang belum bersih dari dosa. Atau masih bergelumang dengan jahiliyah, sehingga yang melihat merasa resah. Atau langkah kita sendiri longgar dan kata-kata kita tidak menembusi hati, kerana kata-kata itu keluar dari hati yang mati.
Kita boleh bermuhasabah dari bermacam sudut, dan hakikatnya jawapan memang bukan hanya ada satu.
Kadang-kadang kita lupa melihat satu sudut yang memberikan sumber jawapan yang besar.
Iaitu diri kita sendiri.
Iaitu sudut pandang seorang mutarabbi, dan bukannya sudut pandang sebagai seorang murabbi.
Maka ini adalah luahan hati yang ikhlas dari seorang mutarabbi: harapanku, impianku, angan-anganku, dalam meraih keberkatan tarbiyyah. Sebagai perinagtan buat diri agar melangkah lebih kemas dan gagah.
Apa yang ku harapkan dari seorang murabbi?
Hanyalah supaya menerima diri ini seadanya.
Kita semua adalah mangsa keadaan, dipisahkan dari Allah dan Al-Quran sehingga yang tersisa hanyalah kalimat2 yang dianggap suci dan disusun kemas di rak (Al-Quran). Kita semua bermula dengan belenggu-belenggu jahiliyah yang membelit diri dari semua sudut yang dapat kita fikiri. Ada yang jahiliyahnya begitu tebal dan tidak dapat kita percayai. Tapi ya, siapa yang bermula dengan langkah yang sempurna? Maka sebagai seorang mutarabbi, saya menyerahkan diri saya yang serba cacat, hina-dina, penuh dengan palitan dosa dan jahiliyah, baik luaran mahupun dalaman, kepada tarbiyyah sepenuhnya dan seluruhnya untuk diperbaiki! Maka terimalah saya seadanya!
Janganlah memincingkan mata apabila melihat keburukan diri saya, mungkin saya sendiri tak pernah tahu itu adalah keburukan. Janganglah memandang dengan sinis pakaian saya yang tidak sempurna, mungkin saya belum mengerti sepenuhnya. Janganlah asyik menidakkan kata-kata saya walaupun ia salah kerana mungkin saya belum dapat menerima apa yang benar.
janganlah membanding-beza saya dengan siapa pun, sungguh langkah bermula kita semua tidak sama.
tarbiyyah bukan untuk orang-orang yang sudah baik, tetapi untuk membaikkan semua orang. Maka layanlah saya sepertimana anda melayan orang-orang yang anda senangi, walaupun perangai dan sikap saya memualkan kamu. Kadang-kadang saya kecil hati juga apabila melihat murabbi yang bersikap lebih ‘mesra’ dan ‘ramah’ dengan orang-orang yang baik berbanding dengan orang-orang yang seperti saya, yang bermula dengan langkah yang caca-merba. Saya sedar siapa diri saya, tapi bukankah saya juga mutarabbi mu yang hanya mengharap agar tarbiyyah ini akan menyelamatkan saya?
Tolonglah beri kan saya sokongan dan dorongan, bukan kata-kata yang menghiris atau menghancurkan hati, terutama ketika diri masih sedang mencari.
Ya benar, matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam gerak kerja kita, kita harus sentiasa berhati-hati dengan langkah agar tidak tersasar dari garisan tarbiyyah dan segala yang dituntutnya. Kita mahu kekemasan dalam tarbiyyah kita, maka kita harus meminta izin, harus sentiasa memaklumi, harus sentiasa syura, harus sentiasa melaporkan, tetapi kita hanya lah manusia, pulak tu yang bermula dengan segala kehinaan. Kadang-kadang bukan tidak mahu mentaati, tetapi gelora dalam jiwa lebih dahulu menempati hati. Hingga hilanglah segala konsep yang kita sepakati. Dan pada waktu2 begini, sebagai seorang mutarabbi, saya amat-amat mengharapkan murabbi nya orang yang paling dahulu memahami, bukan yang pertama-tama menghakimi.
Ada waktu-waktunya kita harus melepaskan kekerasan undang-undang demi sebuah kemanusiaan. Dan apabila seorang murabbi menghargai nilai ini, anda lah orang yang paling saya cintai. yang menghargai bahawa betapa lama pun mutarabbi nya sudah bertapak di atas tarbiyyah ini, dia tetap satu jiwa yang lemah dan ada masanya dia tewas kepada hambatan-hambatan jiwa dan perasaan. Saya mengharapkan agar murabbi saya bertindak mengikut kesesuaian, bukan keperluan semata-mata.Memberikan yang terbaik pada saat yang paling kritikal.
Berilah saya kesungguhanmu!
Pimpinlah saya, dengan sepenuh jiwa dan diri mu! Ya saya tahu anda punya begitu banyak tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan, tetapi bukankah saya juga adalah satu tuntutan kepada dirimu? Bukankah saya juga adalah sebauh amanah yang harus kamu pikul dan pertanggungjawabkan? Di mana kah saya di hati kamu? Adakah hanya seorang insan yang kamu temui seminggu sekali dan tidak lebih dari itu? Apakah saya hanya seorang lagi manusia yang hadir dalam hidup kamu bila saya menjelma di depan mata kamu dan lenyap bila hilang dari pandangan? Sebanayk mana cinta kamu kepada saya di dalam diri kamu?
Dengarilah luahan hati ini seikhlasnya walau pun kamu tidak setuju. Biarkan lah saya menghabiskan kata-kata saya biarpun kamu tahu saya sudah jauh tersasar.
Sesungguhnya, kesungguhan, kesabaran, kegigihan, dan kasih sayang kamu lah yang akan menyentuh hati saya. Bukan setakat ilmu yang kamu taburi.
Cukuplah setakat ini curhat dari seorang insan yang bergelar mutarabbi.
Allahua’lam…..
SUMBER
Sunday, December 26, 2010
Persepsi

hari ni saya ada satu teka-teki untuk semua.
mengapa, selalunya, biasanya, walau seteruk mana pun sikap seorang anak terhadap ibu atau bapanya, yaitu selalu melawan kata, selalu tidak setuju dengan approach ibu dan ayah, selalu memberontak, selalu meninggikan suara, selalu membalas, selalu mengguriskan hati ibu dan ayah, apabila kita tanya mereka, mereka tetap akan kata, bahawa mereka sayangkan ibu dan ayah nya. mengapa?
————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-
persepsi. atau sangkaan.
mula2 saya hendak beri contoh sebuah cerita mengenai bagaimana persepsi boleh berubah seratus-peratus apabila kita mengetahui sebuah kebenaran. satu hari, sebuah bas berhenti di satu perhentian bas. naiklah ke dalam bas itu seorang ayah dan dua orang anak nya yang masih kecil. di dalam bas itu ada ramai lagi penumpang-penumpang lain. ayah tadi mengambil tempat duduk, tetapi anak-anaknya lari berkeliaran di dalam bas itu. kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti, mereka memanjat di sana sini dan bermain kejar-mengejar di dalam bas itu. tak lama kemudian mereka mula mengganggu penumpang2 lain dengan tingkah-laku mereka yang agak buas itu. mereka terlanggar, tersepak orang lain dan jeritan2 mereka sangat merunsingkan (annoying). si ayah terus duduk diam membatu. lantas beberapa orang penumpang yang tidak berpuas hati menengking kepada si ayah, mengapa tidak dikawal anak-anak yang berkeliaran ni? ayah jenis apa ni? tak nampak ke budak2 ni tengah buat apa? takkan diam saja?! tak pandai jaga anak ke?! jerit penumpang2 itu kepada si ayah.
tiba-tiba si ayah mendongakkan kepala, seolah-olah baru sedar dari lamunan yang panjang, baru ternampak apa yang sedang dibuat anak-anaknya. dan berkata,
“oh, minta maaf terhadap perbuatan anak-anak saya. saya baru balik dari hospital, isteri saya iaitu emak kepada budak-budak ini baru sahaja meninggal dunia…saya…saya..” menitislah beberapa butiran air mata.
dan penumpang-penumpang yang lain pun tiba-tiba senyap, sedang anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu terus berlari.
hukum alam, tetap hukum alam. tetapi hukum alam, hanya menjadi adil apabila kita meletakkan hukum itu pada punca yang benar. dan kita hanya akan tahu punca yang benar, apabila kita berusaha mencari punca yang benar itu. tanpa punca yang benar ianya menjadi sangkaan, dan sangkaan yang salah, adalah apa yang kita panggil sebagai sangkaan yang buruk. su’uz zon.
saya ada seorang kawan baik, dia sangat suka dipuji. dan dia juga selalu menyebut-nyebut benda-benda baik atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapainya kepada orang lain, dan sangat gembira apabila mendapat feedback yang positif (pujian) dari orang lain. lalu hukum alam pun dijatuhkan ke atasnya. iaitu hukuman bahawa dia adalah seorang yang riak dan takabbur. kadang-kadang orang lain tidak menjatuhkan hukum alam ini terang-terangan di hadapan dia, tetapi riak muka dan pandangan yang kurang enak sudah cukup menyedarkan dia bahawa sikap suka dipuji itu tidak digemari orang lain. dan orang-orang yang ‘menyedari’ bahawa dia memiliki sikap suka dipuji ini pun sentiasa berhati-hati utnuk tidak memuji dia dalam apa benda sekalipun. lalu saya, antara orang-orang yang menjatuhkan hukum alam itu pun nekad untuk bertindak sebagai hero, memberanikan diri pergi berjumpa terus denagn dia, one to one, untuk memberikan sedikit nasihat, kerana saya yakin, mungkin sebenarnya selama ini dia tidak menyedari akan hakikat penyakit hati yang dimilikinya itu.
saya berjumpa dengannya di satu malam yang hening, bersyarah panjang. kemudian dia menangis, dan saya sangka saya telah menjadi hero krn berjaya mengubah manusia <– takabbur!
tetapi dalam tangis dia pun bersuara, sebenarnya selama ini dia memang tahu sikap suka dipuji itu tidak bagus tetapi dengan pujian itu lah dia terus hidup!
lalu dia pun bercerita, semasa dia di sekolah, dia menjadi mangsa buli. dibuli dengan begitu dahsyat sekali, bukan dibuli secara fizikal, tetapi secara batin, yang lebih menghancurkan jiwa. dia selalu diejek, dan dimalukan di hadapan orang ramai. selepas sekian lama dimalukan, dia langsung hilang segala keyakinan diri. sehingga tidak ada yang tersisa. dia langsung tidak boleh berbuat apa pun di hadapan orang lain, biarpun di hadapan 2 orang saja! setiap kali disuruh membentangkan sesuatu, walaupun hanya di depan beberapa kerat kawan-kawan dia akan menggeletar dan rasa tak upaya mengawal diri, sedangkan sebelum kes pembulian itu berlaku dia adalah seorang yang sangat berkeyakinan. low self esteem ini berlarutan buat sekian lamanya sampai tamat sekolah, sampai tamat hubungan dengan pembuli-pembuli nya, tetapi low self esteem itu tidak hilang. dia hilang segala jati diri, berasa sangat tidak berguna, dan merasakan dia tidak akan berjaya sampai bila-bila. pernah juga dia merasakan baik mati sahaja.juga pernah merasakan Allah tidak Menolong dia, Allah tidak Menyayangi dia.
tetapi dia terus hidup. dengan pujian! setiap kali orang memuji apa pun perbuatannya, walaupun benda itu adalah perkara paling tidak signifikan seperti berjaya membuka tudung botol kicap, dia seperti mendapat satu kehidupan baru, satu kekuatan untuk mula mempercayai diri sendiri semula. dan sejak itu dia ‘hidup’ dan ‘mula meyakini’ bahawa dia adalah manusia berguna yang boleh berbuat sesuatu. dengan pujian dia mendapat sokongan. dengan kata-kata yang positif dia memikirkan tentang masa depan. dan paling penting, mula merasakan Allah ada memberikan jalan keluar.
sudahnya saya yang menangis berbaldi-baldi.
sejak hari itu saya belajar, erti bertanya, menyelidiki, dan mengenali seorang manusia sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang telahan.
dan baru mengerti, apa maksudnya apabila kita tahu tentang perbuatan buruk seseorang, hendaklah kita menyenaraikan 70 possibilities yang positif mengapa orang itu melakukan perbuatan itu sebalum sampai kepada possibility yang negatif. jarang2 manusia sengaja berbuat sesuatu yang buruk, tanpa alasan yang kukuh.
dan sikap menyelidiki sehingga ke akar umbi ini sangatlah mustahak di atas jalan tarbiyyah ini! terutamanya yang memegang amanah sebagai murabbi.
ketika orang-orang lain memandang buruk mutarabbi kita kerana sesuatu peristiwa atau sesuatu sikap, kita lah sebagai murabbi yang harus berdiri teguh di belakangnya, dan meyakini dirinya. kita lah yang harus berusaha mencari punca sebenar mengapa peristiwa/sikap itu berlaku. kerana mungkin anda adalah satu-satunya orang yang masih tinggal untuk mutarabbi itu mengadu nasib. mungkin anda ialah the last man standing untuk mutarabbi itu merasakan bahawa akan ada orang yang akan mempercayai cerita-cerita dan alasan-alasan mengapa apa yang terjadi itu terjadi. mungkin anda lah satu-satunya lengan yang tinggal untuk dia berpaut. tetapi jika anda juga berpaling darinya, maka di manakah lagi tempat bergantung? ya cukuplah Allah sebagai tempat bergantung tapi kita manusia yang serba lemah kan? cukup lemah untuk sepenuhnya menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. maka, jika anda juga tidak meyakini mutarabbi anda, maka putuslah segala tali harapannya….
mungkin di sebalik sikap suka menipu ada jiwa yang pernah ada kisah silam dipukul dengan teruk kerana berkata yang benar.
mungkin di sebalik sikap keakuan dan ego ada kisah silam yang menjadikan dia merasakan mengakui kelemahan dan meminta pertolongan itu bukan pilihan.
mungkin di sebalik sikap kasar dan suka meninggikan suara ada kisah silam di mana dia melihat orang yang lemah dan lembut menjadi mangsa penderaan.
mungkin di sebalik sikap suka mengiakan dan memuaskan hati semua orang ada kisah silam yang mana dia merasa sakit ditinggalkan dan tidak dipedulikan.
mungkin di sebalik sikap ‘hanya aku saja yang betul’ ada kisah silam yang mana setiap kesilapan dan kesalahan bermakna kritikan dan penghinaan yang teruk.
wahai murabbi sekalian! saya merayu kalian, kenalilah orang-orang yang datang menyerahkan diri mereka kepada kalian dengan sedalam-dalamnya! anda mungkin tidak menyedari, berapa ramainya orang yang merasakan dia telah mendapat sebuah kehidupan yang baru melalui tarbiyyah, meninggalkan segala kehidupan silam yang gelita dan menyedihkan. berapa ramainya orang yang merasakan kehidupan baru ini akan memimpinnya, menyelamatkannya, membersihkan dirinya. tetapi bagaimana semua itu akan berlaku? hanya bila engaku, wahai murabbi mampu memimpin mereka keluar dari gelap kehidupan lama kepada terang sinar tarbiyyah! tetapi ini tidak akan berlaku jika anda tidak kenal, dan tidak tahu siapa mutarabbi anda…
dan berapa ramainya yang merasa gembira dengan kehadiran anda, wahai murabbi sekalian, kerana akhirnya, ada juga orang yang akan mendengar segala isi hati ini….
ini adalah cubaan terakhir saya, sebelum meninggalkan australia….tolonglah memahami…..kalau kali ni gagal lagi, memang tinggal Allah sahaja tempat mengadu segalanya….
————————————————————————————————————————————————————————————————————————————
jawapan kepada teka-teki di atas: kerana sayang itu lah mereka melawan kata, selalu tidak setuju dengan approach ibu dan ayah, selalu memberontak, selalu meninggikan suara, selalu membalas, selalu mengguriskan hati ibu dan ayah. kerana sayang itu. jika mereka tidak sayang, mereka akan buat tidak peduli.
manusia hanya akan memberontak, melawan, dan bersikap kurang ajar, kepada orang-orang yang mereka sayang, atau orang-orang yang mereka harap menyayangi mereka.
Allahua’lam.
Tuesday, December 21, 2010
CinTA yaNG HakiKi
Urmm mungkin kite tercari2 cinta yang hakiki kan2..bak kata org,,cinta kepada harta kepala pusing,,cinta kepada manusia hati merana,,cinta kepada Allah aman bahgia..so ap lagi nak penin2,,cinta jela kepada Allah..huhuKalau kita cinta kepada Allah nescaya kita akan diberi pasangan yang secocok..itu jnji Allah..heheheWlaupun pada pndgn org kekasih kita itu kurang lawa o kurang hrta tp pada pndgn kita kekasih kita adlh pling cntik,,bila kita lihatnya aty kita tenang,,bhgia n aman kerana diwjhnya terdapat chya(nur) keikhlasan yg dtg dr Allah..itulah yang dinamakan cinta dari Ilahi...oooo bkn sng nk dpt kekasih yg dipandang aty rse aman,,bhgia n tenang..sllunya kal kita pndg lme2 slps 2 o 5 taun msti bored kan2,,las2 xjd kwin,,cinta monyet ktakan sbb xd rdha dan rhmat dr Ilahi ats jalinan perkasihan kita..mne dak nye,,ble jmpe je msti nk pgg2 tgn,,pas2 bahu pas2 mcm2 la..so mcm mne Allah nk bg berkat n rhmat kan2..pkir2 la..huhuhu
Xslh kal nk bcinta gan manusia kerana kita diciptakan berpasang-pasangan..kerana aty kita sllu ksunyian dan memerlukan ksh syg n perhatian dr psgn lawan jantian..laki-gurl,,gurl-laki..huhu..Adam pun suatu ketika dhulu ksunyian gak,,las2 Allah mencipta Hawa..Adam terus keriangan n hepi..xcaye,,bce la Quran..hehehe..Allah pun tidak larang untuk bcinta sesama mnusia tetapi cinta itu tidak boleh lebih dr cinta kpd Allah kerana SETAN akan cbe menyesatkan pasangan kekasih tersebut..urmmm msti rmai tpikir2 mcm mne nk jdkan cinta 2 x lbh dr cinta kpd Ilahi..yola,,stiap kli kita jtuh cinta msti nk msg,,tepon,,jmpe n mcm2 la..bak kta org mkn xpernah kenyang2,,mndi xpernah bersabun,,solat plak xdiakhiri dgn doa sbb tkejo2 nk reply msg..sdg hngat bcinta ktakan..urmm so scra auto kita lpe kpd Allah..
So bkn sng nk dpt cinta hakiki kan2,,tp bg org yg sdh mnemui cinta hakiki kta sng j..tips nye ble kita mengingati sdi dia scra auto kita mengingati Allah,,bila kita lihat si dia kita terimbas dgn keindhn syurga,,bila kita bersembg dgn si dia kita msti menasihatinya,,dan bila kita disamping si dia kita melarang diri kita dan si dia melakukan maksiat..bkn mengalakkan buat mksiat ek..sng cite,,ble kita mengingati nya kita akan terlintas nk wat solat sunat,,ble kita msg tringat nk smpaikan ayt2 Allah,,ble kita kua bjmpe msti xwat maksiat n mnjalankn kwajipan kita sbgai mnusia,,yg laki mnjaga wnta..bkn dgn jga msti pimpin tngn,,msti mkn bsuap,,yola takut mknn jtuh kt bju mkwe..ini kerana kita sme2 mmimpin agr sme2 dpt dpt msuk syurga,,bak kta kita bersaingn gan psgn kekasih kita dgn amln kebaikkan..bkn untuk ukur keriakkan tetapi kita nk naikkn saham amln kta untuk akhirat kelak..yola spe yg nk suami o istrinya msuk nrka,,kal leh dua2 msuk syurga kan2..
Dan hrus ingat ble kita nk kua jmpe kekasih jgn lpe bwa org ketiga,,bkn Setan ek tetapi adk2 o kak2 o abg2 o mak bapa..berani ke??tp itulah kenyataan nye kal x nnty setan akn join skali las2 dua2 wat maksiat..n msti ingat jmpe msti beralsn, bkn sbb wndu o syg tp kerana nk wat usrah o nk bincg hal kawin,,hehhe
eurm sya nk share sebuah article ni,,"menurut imam Syafie,,dging, urat dan kulit akn reput dan hncur srta luhurnya cinta yg bersndar..jika cinta sekadar dpt dicapai dengan pacaindera yang lima iaitu sentuh,rasa,bau,lihat dan dengar maka itu belum cinta yang hakiki..hnya cinta dpt dirasai dengan deria ke enam iaitu hati,,maka brulah ia cinta yg hakiki..cinta itulah yg dialirkan oleh Allah ke dlm aty..ia muncul dr dalam ke lua,bkn dr lua ke dlm..ia bkn dr mte trun ke aty sebaliknya dr aty trun ke mata dan lain2 angota..itulah cinta yg benar,suci lg murni..cinta bkn diukur menurut pndn mata kepala tetapi mengikut pngn mata aty..cinta itu dtg dr Allah dan dberi sbg bekal unt mndpt kcintaan Allah."
dan hrus diingat bhw mata kepala sukar dikawal kerana ia boleh berubah-ubah mngikut persekitaran..yg hrm bleh dkatakn halal..kal sentuh ssama bkn muhrim haram hkumnya dr segi syariat tp kal ikut pndgn mte kpla ia akn kta pgg ssme bkn muhrim bleh j ble kita sdg hngat bcinta..tp kal kita pkir gne mte aty ia akn kta haram perbuatn tersebut dan akn dpt seksaan kbur maupun nraka..maka ketika itulah setan n nafsu akn bergelora dan menghasut agr melakukan mksiat..bak kta org,,mte kepala sllu putar belit n mnipu ttpi mte aty xpernah mnipu krn ia sntiasa djga oleh nur Ilahi..
Whatever You Are Facing
- When you are tired and discouraged from fruitless efforts... ALLAH knows how hard you have tried.
- When you've cried so long and your heart is in anguish... ALLAH has counted your tears.
- If you feel that your life is on hold and time has passed you by... ALLAH is waiting with you.
- When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.
- When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution.
- When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.
- If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you.
- When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you.
- When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.
- When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... ALLAH has opened your eyes and called you by name.
Remember that wherever you are or whatever you are facing... ALLAH KNOWS!!
Wednesday, December 15, 2010
Jujur Dalam Bergurau Senda
Tapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda, kita mungkin dah berbohong? Kita mungkin tak berniat untuk betul-betul bercakap bohong, tapi hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.
Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, kita mesti akan cakap, “Aku main-main je la…” “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”
Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :
“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta." [1]
“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [2]
Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi Islam tidak membenarkan pembohongan, walaupun hanya untuk bergurau semata-mata. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya:
“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [3]
Macam mana cara yang betul untuk bergurau?
Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda. Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:
“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”
Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau. Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,
“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”
Maka Rasulullah S.A.W. berkata,
“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [4]
Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.
Apa yang dapat diperhatikan dalam kisah di atas, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza.
Jadi, gurauan sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau. Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).
Mereka itu menjawab: “Tidak!”
Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”
Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

Nota kaki:
[1] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[2] Riwayat at-Tirmizi.
[3] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[4] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.
Sumber: iluvislam.com
